Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NORNS

Norns ialah tiga Nasib dalam mitologi

Scandinavia . Mereka merupakan tiga orang adik-

beradik perempuan: Urd (masa lampau), Verdandi

(masa kini), dan Skuld (Masa Depan). Urd seorang

yang tua dan memandang kepada masa lampau.

Verdandi memandang tegak ke hadapan, iaitu

kepada masa kini. Manakala Skuld mewakili masa

hadapan, dan memandang ke arah bertentangan

dengan Urd. Mengikut mitologi ini, nasib manusia

dan dewa ditentukan oleh Norns. Orang

Scandinavia awal mempercayai bahawa terdapat

banyak lagi Norns yang lebih kecil, iaitu satu untuk

setiap orang.

UMUM 
PIPE

Pipe ialah alat muzik yang merupakan leluhur

kepada organ pipe pada masa kini dan alat tiup

yang lain. Pipe mungkin merupakan alat muzik

yang paling tua. Menurut legenda Yunani, pipe

mula-mula direka cipta oleh Pan (lihat Pan ).

Manusia prasejarah menggunakan tulang sebagai

pipe primitif.

UMUM 
KITTINGER, JOSEPH W., JR

Kittinger, Joseph W., Jr lihat Belon (Sukan

belon masa kini).

UMUM 
PHRYGIA

Phrygia ialah sebuah negara purba yang terletak

di antara Laut Mediterranean dengan Laut Hitam,

iaitu di Turki tengah masa kini. Penduduk Phrygia

merupakan orang Indo-Eropah yang datang dari

tenggara Eropah selepas tahun 1200 S.M., dan

menetap di kawasan yang pernah diperintah oleh

kaum Hitti. Menurut legenda, raja-raja Phrygia yang

awal termasuk Gordius dan Midas. Makam batu

mereka yang hebat masih dapat dilihat di kawasan

pergunungan di situ. Lihat Midas.

UMUM 
KALA

Kala ialah ciri kata kerja yang menunjukkan masa

sesuatu perbuatan. Terdapat tiga pembahagian

masakini, lampau dan depan (kelak).

UMUM 
SOANE, SIR JOHN

Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang

dilantik sebagai arkitek Bank of England pada

tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia

membina semula hampir keseluruhan bangunan

tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya

masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga

membina Dulwich College Picture Gallery di

London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St.

John di Bethnal Green, Trinity Church di

Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane

lahir di Whitchurch, berhampiran Reading,

Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan

koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn

Fields kepada Kerajaan British yang dikenali

sebagai Muzium Sir John Soane.

UMUM 
MIKADO

Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa

silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang

asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang

bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan

istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun

terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina

sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun

mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang

bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak

dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan

pemerintahan mereka pada masa kini dikenali

dengan nama yang dipilih khas untuk mereka.

Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno

Showa atau Maharaja Showa.

UMUM 
SUDETENLAND

Sudetenland ialah satu kawasan yang terletak di

cerun Pergunungan Sudeten. Ia terletak di Republik

Czech, bersempadan dengan Bohemia, Moravia, dan

Jerman. Pada suatu ketika dahulu, ramai orang

Jerman yang tinggal di Sudetenland. Perjanjian

Versailles dan St. Germain pada tahun 1919

menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada

Czechoslovakia masa kini. Perjanjian Munich pada

tahun 1938 menyerahkan kawasan tersebut dengan

kawasan Czech yang lainnya kepada Jerman (lihat

Perjanjian Munich). Pada tahun 1945, pihak Berikat

mengembalikan semula Sudetenland kepada

Czechoslovakia, dan penduduk Jerman disingkir dan

digantikan dengan penduduk Czech dan Slovak. Pada

tahun 1992, Czechoslovakia tidak lagi wujud dan

negara-negara merdeka di Republik Czech dan

Slovakia diwujudkan untuk menggantikannya.

UMUM 
KRITIKAN

Kritikan ialah analisis dan penilaian terhadap

karya seni. Kritikan cuba menterjemah dan menilai

karya tersebut, dan mengamati kepada prinsip

yang dapat difahami. Kritikan ialah cubaan untuk

mempertingkat piawai yang tinggi dalam kalangan

artis dan usaha untuk menggalakkan seni. Ia juga

membantu masyarakat terus sedar akan nilai karya

seni dahulu dan masa kini.

UMUM 
SHIRE

Shire ialah kawasan pentadbiran bagi negeri-negeri

Anglo-Saxon pada zaman awal England.

Shire mempunyai sempadan yang tetap dan terdiri

daripada daerah kecil yang dikenali sebagai

hundreds. Ketua pegawai shire dikenali sebagai

reeve atau shire-reeve. Perkataan sheriff berasal

daripada gelaran ini. Banyak kaunti di England

mengekalkan perkataan shire pada namanya dan

banyak sempadan kaunti mengikut sempadan

shire lama. Perkataan shire kadangkalanya dirujuk

secara bersama untuk kaunti masa kini. Shire juga

merupakan nama seekor kuda penarik beban

yang pertama kali dibiak baka di Shire Midland,

England.

Lihat juga Kaunti; Kuda.

UMUM 
123

Kembali ke atas