Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menjemur sementara hari panas.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MASIH, AL-

Masih, al- ialah gelaran di dalam al-Qur’an yang

diberikan kepada Isa ibn Maryam a.s.

UMUM 
SEROJA MASIH DI KOLAM

SEROJA MASIH DI KOLAM, novel karya Adibah Amin.  Novel ini diterbitkan oleh Pustaka Melayu Baru pada tahun 1966.  <I style="mso-bidi-font-style: normal">Seroja Masih di KolamI>  mengambil latar masa tahun 1966-an, ketika masalah kebudayaan dan bahasa kebangsaan menjadi topik perbincangan hangat.

SASTERAKarya
GAS MASAMGas yang masih mengandungi gas hidrogen sulfida (H2S) dalam kuantiti yang melebihi had penerimaan industriKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GAS MANISGas yang masih mengandungi gas hidrogen sulfida (H2S) dalam kuantiti yang melebihi had penerimaan industriKEJURUTERAANKonsep
MINOR

Minor adalah orang yang masih di bawah umur. Di

kebanyakan negara, umur yang sah dari segi

undang-undang ialah 21 tahun. Namun kini, banyak

negara telah mengurangkan umur itu kepada 18

tahun. Umur dewasa adalah umur ketika seseorang

itu layak untuk mengundi, dan berkahwin tanpa

meminta keizinan ibu bapa. Ia juga merupakan

umur seseorang itu perlu bertanggungjawab

terhadap perbuatannya.

UMUM 
PALINOLOGIKajian debungan dan spora yang masih hidup atau fosil.GEOGRAFI DAN GEOLOGIDisiplin Ilmu
ILIADIliad ialah puisi Yunani tertua yang masih kekal.
UMUMUmum
MOLEKUL

Molekul adalah satu daripada unit asas jirim.

Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat

dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia

bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya

atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis

air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika

titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu

molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini

masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi,

jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom

unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal.

UMUM 
SYINTO

Syinto ialah fahaman agama tertua yang masih

diamalkan di Jepun. Perkataan <i>Syinto i>bermakna

<i>cara tuhani>. Penganut Syinto menyembah banyak

tuhan, yang dikenali <i>kamii>. Menurut Syinto, <i>kamii>

ialah daya asas pada gunung, sungai, batu, pokok,

dan bahagian alam semula jadi yang lain. Syinto

juga menganggap <i>kami i>sebagai daya asas dalam

proses seperti penciptaan sesuatu kejadian,

penyakit, tumbesaran, dan penyembuhan.

UMUM 
PITJANTJATJARA

Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli

Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup

berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik

Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi

Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini

mempunyai sedikit punca air atau lembah yang

subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah

dan lembing tetapi tidak menggunakan

boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir

mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan

buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan

cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput

dan bahagian tumbuhan untuk makanan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas