Taman Negara Mesa Verde ialah satu kawasan taman di Amerika Syarikat. Ratusan tahun dahulu, Orang Asli Amerika membina tempat tinggal di tebing kawasan penara tinggi di sepanjang tembok ngarai, yang merupakan sebahagian daripada dataran tinggi terbesar di barat daya Colorado, Amerika Syarikat. Sebahagian daripada kawasan petempatan cenuram masih lagi wujud sehingga kini. Pada tahun 1906, Kongres Amerika Syarikat telah memperuntukkan kawasan ini sebagai taman negara. Taman ini dinamakan Mesa Verde (perkataan Sepanyol bererti meja hijau ), kerana ia dipenuhi oleh hutan pokok juniper dan pokok pain piñon. |