TELUR MASIN | TELUR MASIN, telur yang diperam atau direndam dalam air yang dimasak dengan garam. Telur ini akan menjadi cukup masin selepas direndam selama 30 hingga 40 hari. Telur masih boleh dibuat daripada telur ayam atau telur itik. | BUDAYA | Konsep |
IKAN MASIN | IKAN MASIN, ikan yang diperap dengan garam dan dijemur. Proses ini dilakukan untuk menjadikan ikan tahan lama jika disimpan. Ikan masin dijadikan lauk dalam hidangan atau lauk pembuka selera. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
TETELUK | Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan. Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya, banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir. Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut. Dalam kes lain, gelinciran berlaku – iaitu, kerak bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan yang tenggelam. | UMUM | |
KAVIAR | Kaviar ialah telur masin ikan sturgeon, sekumpulan ikan besar. Kaviar dianggap sebagai hidangan istimewa di banyak bahagian di dunia. | UMUM | |
TERITIP | Teritip ialah kerang-kerangan air masin yang melekat pada objek dalam air. Teritip didapati pada cerucuk dermaga, batu-batan, penyu, paus, dan bahagian bawah kapal. Jurutera marin telah menghabiskan banyak masa membuat eksperimen untuk mencari cara mencegah teritip daripada melekatkan dirinya pada kapal dan dermaga. | UMUM | |
TASIK TORRENS | Tasik Torrens ialah tasik air masin yang cetek di Australia Selatan. Panjang tasik ini ialah 193 kilometer dan lebarnya 64 kilometer. Luasnya 5776 kilometer persegi. Untuk lokasi, lihat Australia (peta rupa bumi). | UMUM | |
IKAN SEBELAH | Ikan sebelah ialah nama beberapa ikan air masin. Ikan ini mempunyai badan yang kelihatan pipih sebelah | UMUM | Umum |
POMPANO | Pompano ialah nama bagi beberapa spesies ikan air masin. Pompano tergolong dalam dua famili yang tidak berkaitan, iaitu Carangidae dan Stromateidae . Spesies yang pertama daripada kumpulan ini hidup terutamanya di bahagian lebih panas dalam Lautan Atlantik. Ia termasuk pompano Afrika dan pompano besar, yang membesar melebihi 100 sentimeter panjangnya. Pompano bulat, membesar sehingga 45 sentimeter panjang. Pompano Atlantik yang paling terkenal ialah pompano Florida , yang membesar sehingga 45 sentimeter panjangnya, dan beratnya lebih kurang tiga kilogram. Ia berwarna kebiruan di bahagian atasnya dan berwarna keperakan atau keemasan di bahagian bawahnya. Badannya berbentuk lonjong dan pipih. Ia hidup dengan memakan kerang- kerangan kecil yang terdapat di dasar laut. | UMUM | |
IKAN TROPIKA. | Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika. Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah. Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira 2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira 600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
| UMUM | Umum |
TAMARISK | Tamarisk ialah pokok kecil atau pokok renek yang tumbuh di tanah masin. Terdapat lebih kurang 100 jenis tamarisk. Kebanyakan spesiesnya terdapat di rawang dan dekat pantai di sekitar Laut Mediterranean dan di Timur Tengah. Tamarisk tumbuh sehingga kira-kira dua meter tingginya. | UMUM | |