MASJID-MASJID DI MALAYSIA | Masjid-masjid di Malaysia. Bangunan khas yang berfungsi sebagai tempat umat Islam bersembahyang dan ibadah-ibadah lain yang berkaitan dengan pembangunan rohani dan penyatuan umat Islam. | KEJURUTERAAN | Konsep |
MASJID CORDOVA | Masjid Cordova merupakan masjid yang terbesar di bandar Cordova di Andalus. | UMUM | |
MASJID JAMIK AL-ZAYTUNAH | Masjid Jamik al-Zaytunah ialah masjid bersejarah yang terkenal dan pernah menjadi pusat ilmu di Tunis. | UMUM | |
MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU | Masjid Muhammadi Kota Bharu, masjid negeri Kelantan. Nama lamanya ialah Masjid Besar Kota Bharu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
MASJID KERSIK | MASJID KERSIK, salah sebuah masjid yang tertua di Patani, selatan Thailand. Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Pintu Gerbang. Masjid ini terletak di Kampung Kersik, lebih kurang 6 km dari bandar Patani. Masjid ini didirikan di halaman kota raja Patani pada masa pemerintahan raja-raja puteri Patani. Kampung Kersik dan kampung di sekitarnya seperti Kampung Bandar, Kampung Tanjuk Lulok dan Kampung Parit Marhum adalah antara kampung yang tertua di Patani dan pernah menjadi pusat kerajaan Melayu Patani pada abad ke-16 dan abad ke-17. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
MASJID JAMEK KUALA LUMPUR | MASJID JAMEK KUALA LUMPUR, salah sebuah masjid yang terawal di Selangor. Masjid ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
MASJID UBUDIAH | MASJID UBUDIAH, antara masjid yang tercantik Perak. Masjid ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina dengan titah Sultan Idris Murshidul Azam Syah, Sultan Perak (1887-1916). Baginda bernazar untuk mendirikan sebuah masjid setelah baginda pulih daripada gering. Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris meletakkan batu asas pembinaan masjid tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
MASJID NABAWI | Masjid Nabawi ialah masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
MASJID RAYA AL-MANSHUN | MASJID RAYA AL-MANSHUN, masjid tertua di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Masjid ini didirikan oleh Belanda untuk Sultan Deli, Sultan Makmun al-Rasyid Perkasa Alam Syah (1873-1924). Masjid ini didirikan di kawasan tanah seluas lebih kurang enam hektar dan terdapat beberapa bangunan lain di sekitar masjid. Masjid ini pertama kali digunakan untuk solat Jumaat pada 10 September 1909 (10 Syaaban 1325 H.). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
MASJID AL-HARAM | Masjid al-Haram ialah masjid terbesar di dunia yang wajib dikunjungi oleh umat Islam yang menunaikan ibadat haji. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |