MEDIA MASSA | Media massa lihat Komunikasi; Pengiklanan (Kesan sosial). | UMUM | |
PERCETAKAN | Percetakan ialah satu daripada media komunikasi massa yang amat penting, seiring dengan radio, televisyen, dan filem. Percetakan menjadi asas kepada kebanyakan sistem pendidikan kita. Perniagaan moden bergantung pada percetakan untuk semua perkara, daripada slip penyata jualan kepada wang dan sijil saham. Pengiklanan bergantung sebahagiannya pada percetakan untuk menjual barangan. | UMUM | |
SEKATA | SEKATA, jurnal yang diusahakan dan diterbitkan oleh Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura. Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan yang dianggotai oleh tokoh bidang pendidikan dan media massa. Jurnal ini diterbitkan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun. Jurnal ini telah diterbitkan buat pertama kalinya pada bulan Jun 1984 dan diikuti oleh bilangan 2 pada bulan Disember 1984. | BAHASA | Kitab |
DIALEK MELAYU KUTAI | DIALEK MELAYU KUTAI, bahasa perhubungan antara suku Melayu dengan Dayak serta pedagang Bugis dengan Cina di sepanjang Sungai Mahakam di Propinsi Kalimantan Timur, Pulau Borneo, Indonesia. Dialek Melayu Kutai (DMK) digunakan dalam perhubungan biasa di samping bahasa Indonesia yang lebih lazim digunakan dalam suasana rasmi tertentu, seperti di sekolah dan dalam media massa. | BAHASA | Bahasa |