MASTER OF THE ROLLS | Master of the rolls, dalam sistem kehakiman British ialah hakim yang mengetuai mahkamah Rayuan. | UMUM | |
MASTER OF THE QUEEN’S MUSIC | Master of the queen’s music ialah suatu gelaran kehormat yang diberikan kepada ahli muzik British. Pemegang gelaran ini menjadi ahli istana diraja. | UMUM | |
CHOPIN, FRÉDÉRIC FRANÇOIS | Chopin, Frédéric François (1810–1849), penggubah muzik kelahiran Poland, merupakan seorang “master” dalam penggubahan muzik piano. Chopin menggubah muzik kamar (muzik untuk kumpulan alat yang kecil), beberapa lagu, dan beberapa buah lagi untuk piano dan orkestra. Tetapi kemasyhurannya terletak semata-mata atas lebih daripada 200 gubahan untuk piano solo. | UMUM | Umum |
MOHD. EUNOS ABDULLAH | MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor. | SASTERA | Tokoh |
MONSARRAT, NICHOLAS | Monsarrat, Nicholas (1910–1979) ialah penulis British. Dia terkenal dengan novelnya The Cruel Sea (1951), sebuah cerita pertempuran laut semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga menulis The Story of Esther Costello (1953), The Tribe That Lost Its Head (1956), Smith and Jones (1963), Richer Than All His Tribe (1969), Breaking In, Breaking Out, dan The Master Mariner Running Proud (1979). Monsarrat yang lahir di Liverpool, England, berkelulusan Cambridge University. Dia berpindah ke Kanada pada tahun 1953. | UMUM | |
MUHAMMAD RAKAWI YUSUF | MUHAMMAD RAKAWI YUSUF ( ? -1936), penulis dan pengasas gerakan nasionalisme Sarawak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Selain namanya, dia juga dikenal sebagai ’Master Rakawi’ kerana kebolehannya berbahasa Inggeris, satu kelebihan yang jarang-jarang dimiliki oleh orang Melayu di Sarawak semasa zaman pemerintahan Brooke. | SASTERA | Tokoh |
JOSE JOYA | JOSE JOYA (1931 - ), pelukis Filipina. Dia lahir pada 3 Jun 1931 di Manila, Filipina. Dia mendapat pendidikan seni secara formal di University of the Philippines (1949 – 1953) dengan ijazah Bachelor of Fine Arts, kemudian di University Santo Tomas Manila (1953), dan di Cranbrook Academy of Art, Amerika Syarikat (1956 – 1957) dengan kelulusan Master of Fine Arts dan seterusnya di Pratt Center For. Jose Joya pernah bertugas sebagai pensyarah dan seterusnya sebagai Dekan, Kolej Seni Halus University of the Philippines (1970 - 1978). | BUDAYA | Tokoh |
MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, DATO' | MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, Dato’ (1953- ), ahli korporat, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (sejak 1995). Dia lahir pada 31 Mei 1953 di Kertau, Chenor, Pahang. Mohd. Hilmey menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Pahang. Dia kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam bidang Perakaunan pada tahun 1976. Pada tahun 1990, dia menerima ijazah Master in Business Administration daripada Cranfield Institute of Technology, United Kingdom. Dia juga seorang Akauntan Awam dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants pada tahun 1980. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |