| MASTIKA | MASTIKA, majalah umum terbitan Utusan Melayu (M) Berhad. Mastika keluaran pertama diterbitkan pada 1 Jun 1941. Moto majalah ini ialah “Majalah Bulanan mengandungi makalah adabiah, ilmu pengetahuan, tarikh dan cerita rekaan.” Moto ini diletakkan di bawah tajuk Mastika. Majalah ini berukuran 27 cm x 19 cm, mengandungi 76 halaman dan bertulisan Jawi. Harga senaskhah ialah 50 sen. | SASTERA | Penerbitan |
| PATAH TUMBUH | PATAH TUMBUH, kumpulan cerpen karya Keris Mas. Kumpulan ini diberi kata pengenalan oleh Syed Husin Ali, diterbitkan oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1962 serta diulang cetak beberapa kali. Kumpulan cerpen Patah Tumbuh mengandungi 20 buah cerpen yang pernah tersiar dalam majalah Kencana, Suluh Malaya, Mastika, Dewan Bahasa dan akhbar mingguan Utusan Zaman dan Utusan Pemuda, dari tahun 1946 hingga tahun 1960. | SASTERA | Penerbitan |
| TENGKU ABU BAKAR HUSNY | TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 – 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk “sorotan cerpen” dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny. | SASTERA | Tokoh |