Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm ma­syarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan penge­tahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) mema­syarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu: Beliau dihormati sbg pemimpin ~ di kampung saya. ~ siber masyarakat yg berpengetahuan ttg komputer dan teknologi maklumat. bermasyarakat 1 merupakan satu masyarakat. 2 bercampur dlm masyarakat; menggabungkan diri dgn masyarakat. memasyarakatkan memberitahukan, memperkenalkan, menyebarkan dll di kalangan (ahli) masyarakat: Usaha ~ bahasa Melayu dijalankan dgn giatnya. kemasyarakatan hal-hal mengenai masyarakat. pemasyarakatan perbuatan atau hal memasyarakatkan: ~ bahasa melalui bahan penerbitan spt buku dan majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Seperti anjing kepala busuk.

Bermaksud :

Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing buruk kepala).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MASYARAKAT KOMUNAL

Masyarakat komunal ialah masyarakat yang

dibentuk oleh mereka yang percaya bahawa

mereka boleh bersama-sama menjadikan

kehidupan ini lebih baik daripada melakukannya

secara bersendirian.

UMUM 
DRAMA MASYARAKATDRAMA MASYARAKAT, corak penulisan dan pementasan drama yang mengisahkan tentang masalah masyarakat dan persoalan keluarga semasa. Drama seperti ini popular di Malaysia pada tahun 1960-an. Semasa pementasan, cerita tertumpu di ruang tamu rumah keluarga berkenaan. Dengan demikian, sifat penceritaannya dari awal hingga akhir berlegar dalam set bilik tamu dengan dialog dan aksinya terkawal kepada keadaan di bilik tamu tersebut.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MASYARAKAT

Masyarakat lihat Sosiologi.

UMUM 
KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kebajikan masyarakat ialah program

kemasyarakatan yang membantu orang ramai

mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang

bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali

sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan

kewangan untuk menggantikan pendapatan yang

hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang

upaya atau kematian.

UMUM 
DEWAN MASYARAKATDEWAN MASYARAKAT, majalah bulanan bacaan umum, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak 15 September 1963. Majalah yang mengandungi 60 halaman ini berukuran 21 cm x 28 cm dan merupakan majalah kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas majalah Dewan Bahasa. Pada peringkat awalnya, majalah ini diterbitkan pada setiap 15 hari bulan, tetapi mulai keluaran Jun 1986, majalah ini diterbitkan pada setiap awal bulan. Pengarang pertamanya ialah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas). Dia memegang jawatan itu hingga bulan Januari 1967. Mulai Februari 1967, jawatan pengarang dinaikkan tarafnya kepada ketua pengarang. Keris Mas terus memegang jawatan tersebut hingga bulan Julai 1975. Mulai bulan Ogos 1975, jawatan ini dipegang oleh M. Noor Azam.SASTERAPenerbitan
SENI UNTUK MASYARAKAT

SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas.  Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik.

SASTERAKonsep
MORES

Mores ialah adat resam yang menggambarkan

idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul

dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan

dalam kebanyakan masyarakat tentang

pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan

sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores

masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan

hukuman yang keras. Istilah mores berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud adat.

UMUM 
BELACAN

BELACAN, perencah makanan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia, terutama masyarakat Melayu.

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep
KELAS SOSIAL

Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai

dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi

kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud

kerana manusia biasanya mengelompokkan

masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang

berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat,

keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia

membuat perbezaan kedudukan ini di dalam

fikiran mereka dengan menganggap sesetengah

mereka “lebih baik” daripada yang lain. Ahli sains

sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas

sosial dan menganggap proses pengelompokan

sosial sebagai stratifikasi sosial.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas