Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ gian bp penagih dadah; ~ jenin orang yg suka berangan-angan; ~ salih sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mat I

Puisi
 

Cik Mat anak Palembang,
     Buat ladang tanam padi;
Kalau dah tahu rimau garang,
     Baik duduk tempat yang tinggi.


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAT ZIN MAT NIN

MAT ZIN MAT MIN (1885-  ?  ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British.  Dia ialah salah seorang ketua bagi kumpulan di Telemong, Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAT SALLEH

Mat Salleh ( ? –1900), penentang penjajahan

British di Sabah.

UMUM 
MAT KILAU

Mat Kilau (1847– ? ), pahlawan Pahang yang

menentang penjajahan British di Pahang.

UMUM 
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
WAN MAT SAMAN

WAN MAT SAMAN (1830-an-1898), pentadbir.  Nama penuhnya ialah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail.  Dia lahir di Alor Janggus, Alor Setar.  Dia berketurunan keluarga pembesar negeri.  Datuknya yang bergelar Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana pernah menjadi Menteri Keempat Kedah, sementara ayahnya Wan Ismail pernah dilantik sebagai salah seorang penasihat utama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah (1853-1879).  Wan Ismail juga tokoh yang bertanggungjawab menaikkan Sultan Ahmad Tajuddin ke atas takhta.  Hubungan Wan Ismail dan anaknya Wan Mat Saman dengan Sultan Ahmad Tajuddin bertambah rapat lagi apabila sultan berkahwin dengan Wan Hajar, kakak kepada Wan Mat Saman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENENTANGAN MAT SALLEH

PENENTANGAN MAT SALLEH, penentangan Mat Salleh terhadap kekuasaan British di Sabah.  British mula mengambil alih kekuasaan Brunei dan Sulu sejak bulan Disember 1877.  Kehadiran British tanpa mengambil kira kepentingan wakil-wakil Brunei dan Sulu serta penduduk tempatan, tidak dapat diterima oleh Mat Salleh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
NIK AZIZ NIK MAT, DATO

Nik Aziz Nik Mat, Dato’ (1931-     ), ulama, tokoh politik dan Menteri Besar Kelantan (1990- ).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAT JENIN

MAT JENIN, cerita jenaka Melayu.  Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan.  Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa.  Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya.  Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam.  Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing.  Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau.  Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah.  Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja.  Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa.  Dia jatuh ke tanah lalu mati.

SASTERAKarya
SYEIKH NIK MAT KECHIK

SYEIKH NIK MAT KECHIK (1844-1915), ulama dan penulis. Beliau lahir di Pulau Duyong, Terengganu. Pada waktu itu, keluarganya berpindah ke Terengganu selepas gagal dalam pemberontakan menentang Siam pada dekad 1830-an. Meskipun beliau memakai gelaran al-Fatani di belakang namanya, tetapi beliau tidak dilahirkan di Patani. Nama sebenarnya ialah Syeikh Muhamamad bin Ismail Daudy al-Fatani. Beliau digelar Syeikh Nik Mat Kechik bagi membezakannya dengan seorang lagi ulama Patani sezaman, Syeikh Muhammad bin Abdullah yang biasa dikenali dengan nama Syeikh Nik Mat Besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAT SALLEH YUSOF

MAT SALLEH YUSOF (   ?  -  ?    ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British.  Dia ialah Penghulu Kampung Pasir Nyior, Kuala Berang, Terengganu.  Dia terlibat dalam gerakan menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British yang campur tangan dalam pentadbiran Terengganu.  Pada 22 April 1928, lebih kurang 400 orang yang bersenjatakan keris, lembing, tombak dan senapang berkumpul di halaman rumah Mat Salleh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas