Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matanya

Puisi
 

Pisau kecil baik dikilir,
     Supaya deras matanya tajam;
Hujan di hulu hujan di hilir,
     Gunung tinggi bilakah karam?


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANABLEP

Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata

empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang

berenang di permukaan air. Matanya mencari arah

perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya

boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah

matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di

bawah air.

UMUM 
IKAN SISA NABIIkan sisa nabi ialah nama famili ikan pipih yang
tengkoraknya herot hinggakan kedua-dua matanya
terletak pada sisi badan yang sama. Ikan sisa nabi
hidup dalam laut panas dekat pantai. Matanya kecil
dan terletak rapat dengan satu sama lain. Mulutnya
bengkok, badannya pipih dan berbentuk bujur. Ikan
ini mempunyai sirip ekor yang membulat.
UMUMUmum
MATA PALSU

Mata palsu dipakai oleh seseorang yang matanya

telah dibuang disebabkan oleh penyakit atau

kecederaan.

UMUM 
IKAN PEDANG

Ikan pedang ialah ikan laut yang besar, badannya
panjang, bulat dan matanya besar.

UMUMUmum
MACHETE

Machete ialah parang yang besar dan berat, dan

bentuk matanya seperti bilah pedang. Ia digunakan

terutamanya di Amerika Selatan dan Hindia Barat.

Machete yang digunakan sebagai senjata

mempunyai mata yang panjang, biasanya antara 60

sentimeter hingga 90 sentimeter. Machete yang

bermata pendek digunakan untuk memotong tebu

dan menebas. Lihat juga Pisau.

UMUM 
SILVEREYE

Silvereye atau mata putih ialah burung kecil yang

berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai lingkaran

putih di sekeliling matanya. Burung ini hidup di

Afrika, Asia, Australasia, dan sesetengah kepulauan

Pasifik. Terdapat lebih daripada 250 spesies burung

ini. Burung silvereye timur Australia telah tersebar

dari Tasmania ke New Zealand pada tahun 1850.

UMUM 
ANGSA HITAM

Angsa hitam ialah sejenis burung air yang

berwarna hitam, kecuali tompok putih di atas

kepaknya, sementara paruh dan matanya

berwarna merah.

UMUM 
NARVÁEZ, PÁNFILO DE

Narváez, Pánfilo de (1478?–1528) ialah tentera

Sepanyol, penjelajah dan penentang Orang Asli

Amerika. Dia membantu menawan Cuba pada

tahun 1511, dan kehilangan sebelah matanya ketika

cuba menangkap Hernando Cortes di Mexico pada

tahun 1521. Maharaja Rom Holy, Charles V,

menganugerahinya sebidang tanah yang masih

belum diterokai di Florida pada tahun 1526, dan

dia mengetuai ekspedisi ke sana pada tahun 1528.

UMUM 
AFFENPINSCHER

Affenpinscher ialah anjing peliharaan berbulu

berjumbai-jumbai berwarna hitam. Beratnya kira-kira

3.6 kilogram dan tingginya 25 sentimeter. Bulu

keningnya lebat dan panjang sehingga hampir

menutupi matanya. Bulunya tumbuh menutupi

seluruh badan, dan anjing ini mempunyai misai.

UMUM 
ANTIGONE

Antigone , dalam mitologi Yunani, ialah puteri Raja

Oedipus dan Permaisuri Jocasta, yang memerintah

Thebes. Oedipus secara tidak sedar membunuh

bapanya dan mengahwini ibunya. Apabila

menyedari apa yang telah dilakukannya, dia

membutakan matanya dan kemudiannya diusir dari

Thebes. Antigone menemani bapanya sebagai

pemandu semasa bapanya berada dalam buangan

(lihat Oedipus ).

UMUM 
12

Kembali ke atas