Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.triks] | ماتريک س

Definisi : persekitaran atau konteks tempat se­suatu (masyarakat, organisma, fahaman, dsb) berkembang: saya sendiri menyarankan sintesis yg bersifat rasional analitis dlm suatu ~ falsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.triks] | ماتريک س

Definisi : ist susunan nombor yg tertib: ~ baris matriks yg mempunyai satu baris (ke bawah); ~ deret matriks yg mempunyai satu deret (melintang); ~ persegi matriks yg mempunyai bilangan baris dan deret yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matriks


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MATRIKS

Matriks, satu jadual segi empat yang bernombor atau yang berkuantiti abstrak.

MATEMATIKKaedah
ENZIM TERSEKAT GERAKEnzim yang ditempatkan di atas permukaan atau dalam matriks yang tidak bergerak untuk membolehkannya digunakan berulang kali dalam proses selanjarKEJURUTERAANKonsep
BAHAN TAMBAH POLIMERBahan yang dicampur dan diserakkan secara fizikal ke dalam matriks polimer tanpa memberi kesan ke atas struktur molekul polimer tersebut.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
DIRAC, PAUL ADRIEN MAURICE

Dirac, Paul Adrien Maurice (1902–1984),

pakar teori fizik Inggeris yang menjadi terkenal

kerana persamaan matematik yang menerangkan

kelakuan elektron. Dirac juga menunjukkan asas

percantuman dua bentuk mekanik kuantum,

gelombang mekanik dan mekanik matriks (lihat

Mekanik kuantum).

UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 

Kembali ke atas