Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.tri.lo.kal] | ماتريلوکل

Definisi : (Ant) berkaitan dgn, berdasarkan atau mengikut sistem atau pola perkahwinan masyarakat yg menetapkan bahawa pasangan yg berkahwin itu tinggal dgn keluarga isteri: sistem adat perpatih bercorak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matrilokal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOTO PILIANG

KOTO PILIANG,  nama suku dan salah satu daripada  dua laras atau tradisi politik Minangkabau. Organisasi genealogis terpenting daripada masyarakat Minangkabau, yang matrilineal dengan sistem perkahwinan yang matrilokal itu, ialah suku, yang diketuai oleh seorang atau lebih penghulu adat. Orang Minangkabau yang tidak mempunyai suku, bererti orang yang telah dikeluarkan daripada komuniti adatnya. Koto dan Piliang ialah dua daripada nama suku yang dianggap tertua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat

Kembali ke atas