Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mau.la.na] | مولانا

Definisi : Ar 1. tuan kita; 2. gelaran utk ulama besar: ~ Abu Bakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maulana


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIR SULTAN MAULANA

SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845).  Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh “Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner.

SASTERAKonsep
BALAMBANGAN

BALAMBANGAN, kerajaan Hindu yang terakhir selepas kejatuhan kerajaan Majapahit dan penyebaran agama Islam antara abad ke-15 hingga abad ke-16, terletak di timur Pulau Jawa. Penyisihan Balambangan dari dunia Islam telah berakhir dengan sebuah legenda yang terdapat dalam Sejarah Melayu yang menghubungkaitkannya dengan kemunculan sebuah kerajaan Islam di Giri. Mengikut legenda ini, seorang pendakwah Islam dari Pasai yang bernama Maulana Ishak telah berkahwin dengan puteri pemerintah Balambangan. Keengganan pemerintah Balambangan memeluk Islam, menyebabkan Maulana Ishak meninggalkan negeri itu. Walaupun telah ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya, Raden Paku, putera Maulana Ishak, telah dibesarkan sebagai seorang Islam. Setelah menyempurnakan ibadat haji, Raden Paku telah mendirikan sebuah masjid di Giri dan akhirnya baginda ditabalkan sebagai Sunan Giri yang pertama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SUNAN GRESIKSUNAN GRESIK ( ? -1419), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Syekh Maulana Malik Ibrahim dan dikenal juga sebagai Syekh Maghribi.  Sunan Gresik adalah antara sembilan Walisongo yang sangat dikenali di Jawa pada abad ke-15.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAMAAT TABLIGH

JAMAAT TABLIGH,  gerakan dakwah Islamiah.  Gerakan ini diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944), yang berasal dari Kandhela, India.  Dia mendapat pendidikan awal di Kuttub dan pernah berguru dengan Maulana Rashid Ahmad Gungohi di Gungoh (1908) dan belajar di Darul Ulum, Deoband (1908).  Pada tahun 1910, dia mengajar di Madrasah Mazhar al-Ulum di Baharanpur.  Dia adalah pengikut dan pengamal tasawuf  melalui tarekat Cistiyah daripada cabang Sabiriyah dan terpengaruh oleh ajaran tarekat Naksyabandiyah, Qadiriyah dan Suhrawardiyah. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SUNAN GIRISUNAN GIRI ( ? - ? ) ulama, pendakwah dan Raja Giri yang Pertama (1478-1506). Nama sebenarnya ialah Jaka Samudera dan dia juga dikenal sebagai Raden Paku.  Bapanya ialah Syekh Maulana Ishak, bapa saudara Sunan Ampel.  Sunan Giri adalah salah seorang ahli Walisongo yang berusaha memperkembang agama Islam di Jawa pada abad ke-15.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MALIK IBRAHIM

MALIK IBRAHIM (? – 1419), penyebar Islam di Jawa, Indonesia. Dia juga dikenal dengan nama Maulana Malik Ibrahim. Beberapa versi daripada tradisi Jawa menyebut Malik Ibrahim sebagai Wali Songo (Wali Sembilan) yang tertua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CIREBON

CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TUK KHURASANTUK KHURASAN (1875-1944), ulama.  Dia lahir di Bhafar, Pakistan.  Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Sayid Hasan bin Nur Hasan.  Keluarganya berasal dari wilayah Khurasan di Iran.  Mereka kemudiannya berhijrah ke Afghanistan.  Semasa remaja, dia pergi ke Deoband, Uttar Pradesh, India untuk menuntut ilmu Islam di Universiti Darul Ulum ialah Syekh-ul Hindi Mahulana Mohammadul Hasan al-Deobandi (1951-1920).  Antara kawan seperguruannya ialah Maulana Ubaydullah al-Sindhi (1870-1944).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISLAM DI JAWA

ISLAM DI JAWA, perkembangan agam Islam di Jawa yang mula bertapak di beberapa bandar pesisir utara sejak abad ke-11. Agama Islam dibawa oleh para pedagang Islam yang berdagang di pelabuhan seperti Gresik, Jepara, dan lainnya. Dari sana, agama Islam disebarkan kepada penduduk Jawa. Seterusnya, ‘pusat pendidikan agama’ dan pesantren didirikan oleh penduduk tempatan. Selanjutnya, agama Islam disebarkan melalui pusat pendidikan agama dan pesantren. Antara pemimpin di Jawa yang telah menerima dan mengembangkan agama Islam termasuklah Raden Patah (Raja Islam pertama di Jawa), Sunan Gunung Jati (Sultan Cirebon pertama) dan Maulana Hasanudin (Raja Banten pertama).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI

SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI ( ? – 1847), penulis dan ulama Patani, Thailand. Nama penuhnya ialah Syeikh Wan Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Beliau lahir di Kersik, Patani. Ada pendapat yang mengatakan beliau lahir di Bendang Gucir, Patani atau Parit Marhum, Patani. Tarikh lahirnya juga tidak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1721 atau 1742 atau 1769. Datuknya, Wan Idris digelar dengan Senik atau Tuk Wan Derasid dan berketurunan Raja Campa. Ayah Tuk Wan Derasid bernama Wan Abu Bakar bin Tuk Kaya Pandak bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela bin Mustafa Datuk Jambu/Sultan Abdul Hamid Syah ibni Sultan Muzaffar Waliullah ibni Sultan Abdullah `Umdatuddin (Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Israil (Raja Campa 1471). Ibu Syeikh Daud bernama Fatimah anak Wan Salamah binti Tuk Banda Wan Su bin Tuk Kaya Rakna Diraja bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela; di sinilah bertemunya nasab ayah dan nasab ibu Syeikh Daud.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas