AIR MAWAR | Air mawar ialah larutan jernih dan tidak berwarna yang diperbuat daripada bunga mawar segar dan digunakan untuk membuat pewangi dan ubat tertentu. | UMUM | |
SIRAP | SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar. Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia. Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah. | BUDAYA | Makanan |
BUNGA RAMPAI | BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup. | BUDAYA | Konsep |
MEI | Mei ialah bulan pada awal musim sejuk di Hemisfera Selatan. Di zon sederhana utara dunia, Mei adalah salah satu bulan yang paling indah dalam setahun. Salji dan ais telah cair, dan musim panas belum bermula. Tanaman taman mula bertunas pada bulan Mei. Pokok dan rumput menghijau dan tumbuhan liar berkembang mekar. Bunga liar yang kembang pada bulan Mei di Hemisfera Utara ialah mawar, anemone, hepatika, forsythia, dogwood, dan violet. Banyak burung yang membuat sarang, dan ibu burung mengeram telur yang bakal menetas tidak lama lagi. | UMUM | |
AVEN GUNUNG | Aven gunung ialah sejenis tumbuhan kecil dan tahan lasak yang hidup liar di kawasan utara dan artik. Aven gunung juga lambang bagi Wilayah Barat Laut Kanada. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil berwarna putih atau kuning dan berbentuk seperti piring. Tumbuhan ini tumbuh di belebas tinggi dan di cerun yang berbatu, di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Pengelasan saintifik. Aven gunung adalah dari famili mawar (rose), Rosaceae. Ia merupakan genus Dryas . Aven gunung kuning yang terdapat di kawasan “Rockies” Kanada (Canadian Rockies) ialah D. drummondii . Aven gunung biasa ialah D. octopetala . | UMUM | |
PETRA | Petra ialah bandar purba di selatan Laut Mati yang kini dikenali sebagai Jordan. Petra ialah pusat perdagangan yang penting pada akhir tahun 400- an S.M. hingga awal tahun 200-an. Bandar tersebut berada di jalan perdagangan darat yang menghubungkan kawasan Arab dan Laut Mediterranean . Kaum Nabataean, satu kumpulan orang Arab, berkuasa di Petra pada tahun 400-an S.M. Pada tahun 106 M., Petra ditawan oleh tentera Rom yang menjadikannya sebahagian daripada empayar Rom. Petra maju dari tahun 106 hingga awal tahun 200-an M. Penduduk Petra membina kuil-kuil di kawasan lapang dan mereka menebuk cerunan untuk membuat rumah. Petra selalu digelar bandar merah mawar kerana bangunannya yang diperbuat daripada batu merah dan cerunan merah yang mengelilinginya. | UMUM | |
RUKIAH ABU BAKAR | RUKIAH ABU BAKAR (1939 – ), penulis. Dia lahir pada 23 November 1939, di Rengit, Batu Pahat, Johor. Dia pernah menggunakan nama samaran Yahmila. Dia mendapat pendidikan awal hingga Darjah Enam di Sekolah Melayu Rengit, Batu Pahat (1949 – 1953). Setelah menamatkan pelajarannya, Rukiah menjadi guru pelatih dan ebrtugas di Sekolah Melayu Mawar, Sungai Tongkang, Rengit (1954 – 1958). Rukiah juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Tampok, Benut, Pontian. Di samping mengajar, Rukiah berkesempatan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (1967) dan Sijil Tinggi Persekolahan. | SASTERA | Tokoh |