| FRISCH, MAX | | UMUM | |
| PERUTZ, MAX FERDINAND | Perutz, Max Ferdinand (1914–2002), ahli biologi molekular British kelahiran Austria. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang Kimia pada tahun 1962 dengan John Kendrew. | UMUM | |
| PLANCK, MAX KARL ERNST LUDWIG | Planck, Max Karl Ernst Ludwig (1858–1947) ialah ahli fizik teori Jerman yang menumpukan perhatian kepada kajian termodinamik. Dia tertarik dengan fenomena penyerapan dan pancaran haba dan bentuk tenaga sinaran yang lain. Pada tahun 1900, dia mengasaskan teori kuantum ketika mengemukakan hukum sinaran. Teori baru ini telah membawa pembaharuan dalam bidang fizik. Pada tahun 1918, Planck dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik. | UMUM | |
| BRUCH, MAX | Bruch, Max (1838–1920) ialah penggubah Jerman. Dia menghasilkan hampir 100 gubahan dalam pelbagai bentuk, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja gubahannya dipersembahkan kini. | UMUM | |
| BORN, MAX | Born, Max (1882–1970) ialah ahli fizik Jerman yang memainkan peranan utama dalam memajukan mekanik kuantum. Bidang fizik ini menghuraikan struktur atom dan pergerakan zarah atom. Born berkongsi Hadiah Nobel tahun 1954 dalam bidang fizik kerana usahanya. | UMUM | |
| SISULU | Sisulu ialah nama keluarga dua pemimpin politik kulit hitam yang terkenal dari Afrika Selatan. Mereka ialah Walter Sisulu (1912– 2003) dan isterinya, Albertina Sisulu (1919– ). Walter Max Ulyate Sisulu dan Nontsikelelo Albertina Sisulu dilahirkan di Transkei. | UMUM | |