Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat lesi; ~ hidup ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd ke­luarga, masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan prb kurus kering serta sangat pucat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh badan orang yg telah mati: ~nya telah dijumpai tergantung pd pokok getah. ~ hidup orang yg terlibat dgn teruk dlm penagihan dadah sehingga badannya menjadi kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga dan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mayat (kata nama)
Bersinonim dengan jenazah, jasad, mait, mumia, kunapa, bangkai.,

Puisi
 

Putih jerami tanah lintar,
     Lintar menanah tiga puluh;
Tiga hari mayat terlantar,
     Menanti kain bekas tubuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAWETAN MAYAT UMUM 
PEMBAKARAN MAYAT UMUM 
MAYAT

MAYAT, drama sebabak karya Hatta Azad Khan.  Drama ini telah memenangi hadiah kedua Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas, Bahagian Drama Pendek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1978.  Drama ini juga telah dipentaskan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan di Brunei Darussalam pada tahun 1980 oleh kumpulan Badan Budaya DBP.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MUMIA

Mumia ialah mayat yang telah diawet dan

dipulihara selama beribu-ribu tahun. Orang Mesir

purba percaya bahawa orang yang telah mati terus

hidup di alam lain dan tubuhnya perlu dipelihara

selama-lamanya seolah-olah orang itu hidup.

Mereka percaya tubuh mayat diperlukan oleh si

mati dalam alam tersebut dan mereka berusaha

keras untuk mencari kaedah pengawetan. Beribu-ribu

tahun kemudian, ahli kaji purba telah

menjumpai banyak mayat yang telah diawet di

dalam makam. Kebanyakan muzium di seluruh

dunia mempunyai satu atau lebih mumia orang

Mesir. Mumia yang paling terkenal

kemungkinannya ialah mumia Ramses II dan

Tutankhamen, iaitu firaun (pemerintah) Mesir.

UMUM 
MAKAM

Makam ialah tempat menguburkan mayat.

Sesetengah makam dibina dengan menebuk

batuan, dan sesetengahnya dibina di atas tanah.

Manusia purba menggunakan makam untuk

menjaga mayat agar selamat. Orang Mesir

percaya bahawa roh orang yang sudah meninggal

akan datang mengunjungi makamnya. Mereka

mendirikan Piramid, iaitu makam paling besar di

dunia, untuk raja-raja mereka .

UMUM 
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI

Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang

Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara

Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak

dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great

Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil

keputusan memberikan suatu bentuk

penghormatan sebagai tanda mengingati askar

ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang

mewakili askar mereka yang tidak dikenali,

mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau

berhampiran dengan ibu negara dan membina

satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar

tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak

dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar

Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis

pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya

di bawah Arc de Triomphe di Paris dan

menyalakan obor di atas makam tersebut.

UMUM 
AUTOPSI

Autopsi ialah pemeriksaan luaran dan dalaman

ke atas mayat. Ia juga dikenali sebagai nekropsi

dan pemeriksaan bedah siasat .

UMUM 
SUTTEE

Suttee merupakan adat Hindu yang lazim

diamalkan di India. Perkataan suttee berasal

daripada perkataan Sanskrit sati, yang bermakna

isteri setia. Mengikut amalan ini, apabila seorang

suami meninggal dunia, balunya merelakan dirinya

atau dipaksa untuk mati. Biasanya dia dibakar

bersama mayat suaminya atau bersama barang-barang

pakaian suaminya.

UMUM 
MAKMAL POLIS

Makmal polis ialah makmal tempat pakar

menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti

yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau

pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki

mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru

yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola

kesan darah berhampiran mayat boleh

menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan.

Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat,

cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis

yang besar menyelenggara makmal sendiri.

UMUM 
ANUBIS

Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di

kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang

utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar

Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala

merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali

digambarkan sebagai anjing atau serigala yang

sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan

Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth,

pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri

upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang

hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan

mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di

dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth.

UMUM 

Kembali ke atas