MUNSYI SULAIMAN MD. NOR | MUNSYI SULAIMAN MD. NOR (1870-1928), tokoh bahasa dan persaratan Melayu. Dia lahir di Siak, Sumatera, Indonesia. Keluarganya telah berhijrah ke Melaka kerana berlaku perselisihan faham di kalangan keluarga Raja Muda Hashim, pembesar Siak. Keluarganya memilih Melaka kerana hubungan politik yang telah wujud antara kedua-duanya pada abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MD. SALLEH MOHAMED HASAN | MD. SALLEH MOHAMED HASAN (1926- ), penulis khat. Dia lahir pada 29 April 1926 di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu. Md. Salleh lebih dikenali dengan nama Ustaz Embab. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Paya Bunga (1933-1938). Kemudian dia menyambung pelajaran di Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-‘Arabiyah, Kuala Terengganu (1939-1946). | BUDAYA | Tokoh |
MD. SALLEH YAAPAR | MD. SALLEH YAAPAR (1946- ), pengkaji dan pengkritik sastera. Dia lahir pada 20 Disember 1946 di Permatang Rawa, Seberang Perai, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Marks, Butterworth. Pada tahun 1964, dia menjadi guru sementara di beberapa buah sekolah di Kedah. Selepas mengajar beberapa tahun, dia mendapat Sijil Perguruan pada tahun 1968. Selepas itu, dia menjadi guru tetap di beberapa buah sekolah menengah hinggalah dia melanjutkan pelajaran ke universiti. | SASTERA | Tokoh |
MENDELEVIUM | Mendelevium ialah unsur radioaktif yang dicipta secara artifisial. Simbol kimianya ialah Md, dan nombor atomnya ialah 101. Mendelevium mempunyai 13 isotop yang diketahui. Isotopnya yang paling stabil mempunyai nombor jisim 258 dan separuh hayat 58 hari. Isotop mendelevium yang paling berat mempunyai nombor jisim 260 dan separuh hayat 32 hari. | UMUM | |
ANNIES PRINTING WORKS | ANNIES PRINTING WORKS, perusahaan Melayu yang asalnya ditaja dan diusahakan oleh Sabirin bin Haji Md. Ani sejak akhir tahun 1920-an. Sabirin yang berusaia 30 tahun bersama-sama isteri dan empat orang anaknya meniggalkan Pariaman, Sumatera Barat berhijrah ke Singapura dan kemudian ke Johor Bahru. | SASTERA | Konsep |
SEABORG, GLENN THEODORE | Seaborg, Glenn Theodore (1912–1999), ahli kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia kerana penemuan unsur plutonium (Pu), amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya menyumbang kepada penemuan einstenium (Es), mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta secara artifisial. | UMUM | |
KESATUAN MELAYU SINGAPURA | KESATUAN MELAYU SINGAPURA, sebuah badan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada tahun 1926 dengan Mohd. Eunos Abdullah sebagai presiden yang pertama. Keanggotaan KMS terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan wartawan. Mereka ialah Embok Sooloh, Tengku Kadir, Abdul Samad Pagak, Daud Md. Shah, Manan Ali, Yusof Ishak, Ishak Haji Muhammad dan Abdul Hamid Jumat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
JUBANG | JUBANG, cerita lipur lara Melayu. Cerita ini tersebar dan terkenal di negeri Kedah. Antara penglipur lara yang pernah menuturkan cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah. Cerita tuturan mereka berjudul “Jubang Linggang’. Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu “Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang”. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
NOORJAYA | NOORJAYA (1931 - ), penulis. Dia lahir pada 12 November 1931 di Kampung Sungai Tengas, Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Md. Noor @ Mohd. Nasir bin Salleh. Dia juga menggunakan nama samaran Noorsalihi. | SASTERA | Tokoh |
AHMAD DAUD | AHMAD DAUD, Datuk (1932- ), penyanyi dan pelakon filem. Dia lahir pada 12 Mac 1932 di Pulau Pinang. Nama penuhnya ialah Ahmad Daud bin Md. Hashim. | BUDAYA | Konsep |