Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dal] | ميدل

Definisi : (médal) bintang kehormatan, pingat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dal] | ميدل

Definisi : /médal/ logam tipis yg bertulis serta dgn reka bentuk tertentu dan dihadiahkan sbg tanda penghargaan (penghormatan); bintang kehormatan; pingat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medal (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pingat, bintang, kehormatan, medali.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
D’AULAIRE

D’Aulaire ialah nama keluarga bagi suami

isteri yang menulis dan membuat ilustrasi buku

kanak-kanak. Edgar Parin d’Aulaire (1898–1986)

dan isterinya, Ingri Mortenson d’Aulaire (1904–

1986), memenangi Caldecot Medal Amerika

Syarikat pada tahun 1940 untuk biografi buku

bergambar mereka, Abraham Lincoln.

UMUM 
BROWN, MARCIA JOAN

Brown, Marcia Joan (1918–       ) ialah ilustrator

buku kanak-kanak Amerika. Dia merupakan pelukis

pertama yang memenangi Caldecott Medal

sebanyak tiga kali. Dia memenangi pingat itu pada

tahun 1955 bagi Cinderella; or The Little Glass

Slipper (1954); pada tahun 1962 bagi Once a Mouse

(1961); dan pada tahun 1983 bagi Shadow (1982).

Brown menerima Regina Medal pada tahun 1977.

Dia mengilustrasi cerita pari-pari Hans Christian

Anderson The Steadfast Tin Soldier (1953). Dia

juga telah menyesuaikan dan mengilustrasi cerita

rakyat seperti Dick Whittington and His Cat (1950),

The Three Billy Goats Gruff (1957), dan Bun: A Tale

from Russia (1972). Brown lahir di Rochester, New

York, Amerika Syarikat. Dia menerima Laura Ingalls

Wilder Award pada tahun 1992.

UMUM 

Kembali ke atas