MAGNETOMETER | Magnetometer ialah alat yang mengukur kekuatan medan magnet. Magnetometer paling ringkas dapat mengukur medan magnet yang berdekatan dengan motor elektrik atau kutub magnet. Magnetometer begini mempunyai gelungan wayar yang kecil. Apabila gelungan itu digerakkan melalui medannya, maka terhasillah voltan elektrik dalam gelungan itu. Voltan ini menandakan kekuatan medan magnet itu. | UMUM | |
KESAN HALL | Kesan Hall ialah fenomena elektrik yang berlaku apabila arus elektrik mengalir melalui bahan dalam medan magnet. Contohnya, jika arus elektrik yang mengalir melalui sesuatu bahan serenjang dengan medan magnet di sekitar bahan itu, kesan Hall kelihatan sebagai voltan merentasi bahan itu. Voltan Hall adalah serenjang dengan kedua-dua arah arus elektrik dan arah medan magnet. | UMUM | |
OERSTED | Oersted ialah unit yang digunakan terutamanya untuk menyatakan keamatan kekuatan medan magnet yang disebabkan oleh arus elektrik dalam wayar. Satu oersted bersamaan 79.58 ampere permeter (lihat Ampere ). Unit ini mendapat namanya sempena nama Hans Christian Oersted, ahli fizik Denmark yang merintis kajian tentang elektrokemagnetan. Ia tergolong dalam sistem unit Gaussan, tetapi tidak dalam Sistem Antarabangsa yang lebih biasa digunakan. | UMUM | |
KEELEKTROMAGNETAN | Keelektromagnetan ialah cabang fizik yang mengkaji hubungan antara elektrik dengan kemagnetan. Elektrokemagnetan berdasarkan fakta bahawa (1) arus elektrik atau medan elektrik yang berubah menghasilkan medan magnet, dan (2) medan magnet yang berubah menghasilkan medan elektrik. | UMUM | |
MAGNETOHIDRODINAMIK | Magnetohidrodinamik, sering kali disingkatkan sebagai MHD, ialah kajian tentang cara medan elektrik dan medan magnet bersaling tindak dengan bendalir yang mengalirkan arus elektrik. Bendalir ini termasuk logam cecair dan gas yang terion pada kadar yang amat tinggi yang disebut sebagai plasma. MHD memainkan peranan penting dalam pembinaan penjana kuasa dan sistem pendorongan yang menggunakan bendalir yang mengalirkan arus elektrik. MHD juga membantu ahli sains memahami kesan elektrik dan kesan magnet di sekeliling bumi dan di matahari. Kesan ini termasuk tompok matahari, ribut magnet dalam medan magnet bumi, dan aurora (cahaya utara dan selatan). | UMUM | |
KESAN ZEEMAN | Kesan Zeeman ialah pemisahan suatu garis spektrum apabila sumber cahaya dikenakan pada medan magnet. Garis-garis cahaya spektrum terbentuk apabila elektron dalam atom bertukar dari satu paras tenaga ke satu paras tenaga yang lain (lihat Cahaya [Sumber cahaya]). | UMUM | |
MAGNETON BOHR | Unit asas bagi momen magnet elektron, iaitu unit bagi keamatan medan magnet yang diaruhkan oleh elektron yang berorbit mengelilingi nukleus. | FIZIK | Sifat/Keadaan |
KEARUHAN | Kearuhan ialah sifat litar elektrik yang menentang sebarang perubahan arus yang mengalir dalam litar itu. Arus elektrik dikelilingi oleh medan magnet. | UMUM | |
RIBUT MAGNET | Ribut magnet ialah keadaan turun naik yang kuat dalam medan magnet bumi. Ribut demikian disebabkan oleh zarah-zarah tenaga tinggi dan sinaran kuat yang dikeluarkan oleh matahari hasil daripada aktiviti suria. Keseluruhan paras aktiviti ribut magnet berbeza-beza mengikut kitaran | UMUM | |
METER GALVANI | Meter galvani ialah alat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil. Kebanyakan meter galvani berfungsi berdasarkan prinsip bahawa arus elektrik yang mengalir melalui dawai dalam medan magnet menghasilkan daya terhadap dawai itu. | UMUM | |