Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dian] | ميديان

Definisi : (médian) garisan yg merentang dr penjuru sesuatu rajah segi tiga ke tengah­tengah garisan yg bertentangan dengannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dian] | ميديان

Definisi : (médian); huruf ~ IB huruf cetak yg sedang besarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dian] | ميديان

Definisi : /médian/ ist (dlm rajah segi tiga) garisan yg merentang dr sesuatu penjuru ke tengah-tengah garisan sempadan yg bertentangan dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata median


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEDIAN

Median dalam statistik ialah angka tengah bagi

sekumpulan nombor yang diatur mengikut susunan

berangka.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 
MIN

Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang

dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat

lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67,

62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat

mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini

dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri

nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita

berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini

dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat

kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang

mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut

sebagai purata aritmetik atau min aritmetik.

Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik

(Kebarangkalian).

UMUM 

Kembali ke atas