| PERSATUAN PERUBATAN BRITISH | Persatuan Perubatan British (British Medical Association [BMA]) ialah persatuan profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk mengekalkan kehormatan dan minat terhadap profesion perubatan. | UMUM | |
| ANDERSON, ELIZABETH GARRETT | Anderson, Elizabeth Garrett (1836–1917) merupakan doktor perintis wanita Inggeris. Selepas menerima penentangan yang hebat, dia berkelayakan menjadi doktor pada tahun 1865. Pada tahun 1870, dia memperoleh ijazah perubatan di University of Paris. Selama hampir 30 tahun, dia merupakan satu-satunya ahli wanita British Medical Association. Dia merupakan ketua jabatan London School of Medicine for Women selama 20 tahun. Anderson lahir di London, tempat terletaknya sebuah hospital yang mengambil sempena namanya. | UMUM | |
| ABDUL LATIF ABDUL RAZAK | Abdul Latiff Abdul Razak (1889–1956), ahli perubatan dan anak Melayu pertama mendapat kelulusan doktor perubatan. Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1889 di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor. Abdul Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor; Victoria Institution, Kuala Lumpur; Malay College Kuala Kangsar, Perak; dan King Edward VII, Medical College Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |