| LAUT MEDITERRANEAN | | UMUM | |
| LALAT BUAH MEDITERRANEAN | | UMUM | |
| SARDINIA | Sardinia ialah pulau milik Itali yang terletak di Laut Mediterranean di bahagian barat tanah besar Itali dan jaraknya melebihi 160 kilometer dari tanah besar tersebut. Daratan yang terdekat ialah Pulau Corsica (milik Perancis), yang terletak 14 kilometer di sebelah utara Selat Bonifacio. Nama Itali bagi Sardinia ialah Sardegna. Ia merupakan pulau Mediterranean yang kedua besarnya selepas Sicily. Luas Sardinia kira-kira 24 090 kilometer persegi. Pulau ini dan beberapa pulau lain yang berhampiran membentuk kawasan Sardinia yang mempunyai penduduk sebanyak 112 juta. Untuk lokasi Sardinia, lihat Itali (peta politik). | UMUM | |
| SICILY | Sicily (pend. 4 863 587) ialah sebuah pulau di Itali yang terletak di tengah Laut Mediterranean. Selat Messina memisahkan Sicily dari tanah besar Itali. Untuk lokasi Sicily, lihat Itali (peta politik). Sicily meliputi kawasan seluas 25 708 kilometer persegi dan merupakan pulau terbesar di Laut Mediterranean. | UMUM | |
| PERANG PUNIC | Perang Punic ialah tiga pertempuran yang berlaku antara Rom Purba dengan Carthage. Rom memenangi semua pertempuran tersebut. Kejayaan tersebut menjadikan Rom kuasa yang agung di bahagian Mediterranean Barat, dan membantu Rom menguasai seluruh dunia Mediterranean . Punic , perkataan Latin untuk orang Phoenicia , digunakan untuk nama perang tersebut kerana Carthage diasaskan oleh orang Phoenicia. | UMUM | |
| ORAN | Oran (pend. 663 504) merupakan pelabuhan Laut Mediterranean di Algeria. Oran terletak kira-kira 360 kilometer di barat Algeria (lihat Algeria [peta]). Oran menjadi tempat untuk menjalankan perdagangan dengan bandar pedalaman Afrika dan pelabuhan di selatan Eropah. Ia dibina oleh orang Moor, dan sesetengah bangunan lama yang melihatkan pengaruh Moor masih berdiri megah. Bandar ini telah ditakluki oleh orang Sepanyol pada tahun 1509, orang Turki pada tahun 1708, dan sekali lagi oleh orang Sepanyol pada tahun 1732. Sepanyol meninggalkan Oran pada tahun 1791 setelah bandar ini musnah akibat gempa bumi. Pada tahun 1831, orang Perancis membina semula Oran. Tentera Amerika membuat pangkalan di sana semasa Perang Dunia II. | UMUM | |
| PHAISTOS | Phaistos ialah tapak arkeologi di Pulau Crete, Laut Mediterranean. Ia mengandungi puing-puing istana purba. Istana di Phaistos ini telah dibina oleh kaum Minoan, yang telah membina Istana Minos di Knossos . Lihat Knossos; Tamadun Aegean. | UMUM | |
| SYRIA | Syria ialah negara Arab di hujung timur Laut Mediterranean. Negara ini mempunyai dataran yang beralun, lembah sungai yang subur dan gurun yang gersang. Damsyik ialah ibu negara Syria dan bandar raya terbesar. | UMUM | |
| ELBA | Elba ialah pulau yang bergunung-ganang di Laut Mediterranean, 10 kilometer ke arah barat daya pantai Tuscany di Itali. Napoleon dibuang negeri ke Elba pada tahun 1814. | UMUM | |
| PHRYGIA | Phrygia ialah sebuah negara purba yang terletak di antara Laut Mediterranean dengan Laut Hitam, iaitu di Turki tengah masa kini. Penduduk Phrygia merupakan orang Indo-Eropah yang datang dari tenggara Eropah selepas tahun 1200 S.M., dan menetap di kawasan yang pernah diperintah oleh kaum Hitti. Menurut legenda, raja-raja Phrygia yang awal termasuk Gordius dan Midas. Makam batu mereka yang hebat masih dapat dilihat di kawasan pergunungan di situ. Lihat Midas. | UMUM | |