KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la merupakan projek mega bersepadu meliputi kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di lokasi strategik di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah, Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi di dunia. |