Monumen megalit ialah binaan yang dibuat
daripada batu besar oleh orang prasejarah untuk
kubur ataupun untuk tujuan keagamaan. Perkataan
megalit bererti batu besar. Batu itu mungkin
seberat dari 25 tan hingga 90 tan metrik tiap-tiap
satu. Monumen megalit boleh dijumpai di
beberapa bahagian di dunia. Monumen yang
paling terkenal terdapat di barat Eropah dan dibina
antara tahun 4000 S.M. dan tahun 1500 S.M.
MEGALIT, batu yang digunakan dalam upacara pengebumian, upacara keagamaan dan simbol tertentu. Perkataan mengalit (megalith) berasal daripada perkataan Yunani iaitu mega yang bererti besar dan lithos yang bererti batu. Batu ini biasanya lebih tinggi daripada manusia dan berada dalam keadaan menegak. Terdapat beberapa susunan batu megalit seperti menhir, dolmen, kubur peti batu dan sebagainya.
Thanks for clicking. That felt good.