MEGAT KHAS MEGAT OMAR, DATO' SERI | MEGAT KHAS MEGAT OMAR, Dato’ Seri (1908-1979), tokoh politik. Dia lahir pada 1 April 1908 di Istana Talang, Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak. Dia berasal daripada kerabat diraja Pagarruyung, Sumatera, Indonesia dan adalah salah seorang daripada keturunan Megat Terawis, Bendahara negeri Perak yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH | SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH ( ? – 1423), raja Melaka yang kedua (1414-1423). Baginda dikatakan raja Melaka yang pertama memeluk agama Islam dalam usia yang agak lanjut. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa Megat Iskandar Syah adalah anak kepada Parameswara. Ada juga pendapat umum mengatakan bahawa Parameswara menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah setelah memeluk agama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MEGAT SERI RAMA | MEGAT SERI RAMA ( ? - ? ), pembesar kerajaan Johor Lama. Ada sumber yang mengatakan Megat Seri Rama bukan orang tempatan. Dia berasal dari Terengganu dan nama sebenarnya Wan Abdul Rahman. Dia berkhidmat di Istana Kota Tinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG | PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama kerana membalas dendam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1699 bersamaan hari Jumaat, di Kota Tinggi, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV | SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718). Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil. Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699). Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat. Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SALLEH GHANI | SALLEH GHANI (1922 – 1986), penulis, pelakon dan pengarah filem Melayu. Dia lahir pada 3 Disember 1922 di Kampung Belemang, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdul Ghani. Dalam bidang penulisan, dia lebih gemar menggunakan nama pena seperti Megat Terawis dan Cenderawasih. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Bandar Penggaram, Batu Pahat, hingga Darjah 5 pada tahun 1939. | BUDAYA | Tokoh |
TUN ABDUL JAMIL | TUN ABDUL JAMIL (? -1688), pembesar kerajaan Johor. Dia adalah salah seorang anak Laksamana Johor yang meninggal dunia pada tahun 1640-an. Dengan itu jawatan laksamana dipegang oleh Tun Abdul Jamil. Pada mulanya dia bertugas sebagai panglima, kerana kecekapan dan kebolehannya dia dinaikkan pangkat menjadi ketua juak raja dengan gelaran Panglima Muda, seterusnya menjawat jawatan Megat Seri Rama, Laksamana dan Paduka Raja. Jawatan Paduka Raja adalah bakal Bendahara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |