MEJA SATAH | Meja satah ialah sejenis alat yang digunakan dalam pengukuran dan pembuatan peta. Meja ini terdiri daripada sebuah papan lukis yang diletakkan di atas tripod (tempat letak berkaki tiga). | UMUM | |
PENERBITAN ATAS MEJA | | UMUM | |
MEJA UKUR | Meja ukur, alat yang digunakan untuk menjalankan kerja ukur secara grafik khususnya bagi menghasilkan pelan atau peta. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
MESA | Mesa ialah bukit atau gunung yang terpencil kedudukannya dan mempunyai puncak rata dengan lereng yang curam seperti meja. Mesa ialah perkataan Sepanyol yang bererti meja. Mesa terdapat di kawasan beriklim kering. | UMUM | |
PERABOT | Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang, dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti, kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis menyediakan tempat untuk menelaah dan membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga dianggap sebagai perabot. Piano merupakan sejenis perabot yang menarik di kebanyakan rumah. | UMUM | |
KOMPUTER PERIBADI | Komputer peribadi ialah komputer meja atau komputer riba yang direka bentuk untuk kegunaan umum. Komputer jenis ini digunakan oleh individu, keluarga, sekolah, atau syarikat untuk merekodkan maklumat, menulis laporan, mempelajari perkara baharu, bermain permainan, mengatur cara, atau mengendalikan perkakas rumah. | UMUM | |
KAIN MINYAK | Kain minyak ialah kain berat, kalis air yang digunakan untuk menutup meja dan dinding yang mesti kerap dicuci. | UMUM | |
SAKARIN | Sakarin ialah pemanis sintetik. Ia dibuat daripada toluena dan petroleum. Sakarin lebih kurang 300 kali semanis gula meja tetapi tidak mempunyai karbohidrat dan tiada nilai makanan. Sakarin juga mempunyai rasa pahit. | UMUM | |
KAPAS | Kapas ialah serat tumbuhan yang paling meluas digunakan. Serat kapas ditenun menjadi fabrik yang lembut, kuat, mudah menyerap untuk membuat pakaian, cadar, permaidani, alas meja, dan benda-benda lain. | UMUM | |
PINGPONG | Pingpong ialah permainan dalam dewan yang menyerupai permainan tenis. Pemainnya menggunakan raket yang dikenali sebagai raket atau daun bet untuk memukul bola melepasi jaring yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali sebagai perseorangan . Jika ia dimainkan oleh empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai beregu . | UMUM | |