Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.jar] | ميجر

Definisi : (méjar) nama pangkat dlm tentera (lebih tinggi drpd kapten dan di bawah leftenan­kolonel); ~ jeneral (pangkat) pegawai ber­tauliah di bawah leftenan jeneral dan di atas brigedier jeneral (dlm angkatan tentera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.jar] | ميجر

Definisi : /méjar/ pangkat dlm tentera yg lebih tinggi drpd kapten tetapi rendah sedikit drpd leftenan kolonel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mejar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIM BO SENG

Lim Bo Seng (1909–1944), mejar jeneral China

dan menjadi seorang wira semasa Perang Dunia

II (1939–1945). Tugu Peringatan Lim Bo Seng

telah dibina di Singapura untuk menghormatinya

selepas perang tersebut.

UMUM 
GESTAPU

GESTAPU, percubaan kudeta yang dilancarkan oleh Rejimen Cakrabirawa (Barisan Pengawal Presiden Sukarno) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Untung pada 30 September 1965. Gestapu atau Gerakan 30 September dianggap tragedi kejam kerana menculik dan membunuh enam pegawai tertinggi tentera, iaitu Leftenan Jeneral Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, Mejar Jeneral Harjono Mas Tirtodarmo, Mejar Jeneral Siswondo Parman, Brigedier Jeneral Donald Izacus Pandjaitan dan Brigedier Jeneral Soetojo Siswomihardjo. Jeneral Abdul Haris Nasution yang menjadi sasaran utama gerakan Gestapu itu dapat melepaskan diri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOHD SAID SULAIMAN, DATO

Mohd. Said Sulaiman, Mejar Dato’ (1876-1955), tokoh persuratan Melayu. Beliau dilahirkan pada 7 Oktober 1876 di Teluk Belanga, Singapura.

BAHASATokoh
PROJEK MANHATTAN

Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan

Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk

menghasilkan bom atom yang pertama.

Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah

Corps of Engineers’ Manhanttan Engineer District

yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan)

Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert

Oppenheimer memberikan arahan tentang reka

bentuk dan pembinaan bom tersebut.

Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di

tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak

Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington.

UMUM 
ALLENBY, LORD

Allenby, Lord (1861–1936) ialah pemimpin

tentera British. Semasa Perang Dunia I, dia

memimpin tentera British di Mesir dan Palestin.

Dengan menggabungkan secara mahir serangan

tenteranya sendiri dan serangan gerila Arab yang

dipimpin oleh Mejar T.E. Lawrence (Lawrence of

Arabia), dia mengalahkan tentera Turki pada tahun

1917 dan 1918 (lihat Lawrence, T.E. ).

UMUM 
BUKU KATAN

BUKU KATAN,  kamus Melayu yang dihasilkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja (P.Bm. P.B. Diraja), Johor.  Kamus ini disusun oleh Mejar Dato’ Muhammad Said bin Haji Suleiman, dicetak dalam huruf Jawi oleh Matbaah al-Ahmadiah, Singapura, pada tahun 1936.

BAHASAKitab
JALAN BAHASA MELAYU

JALAN BAHASA MELAYU,   buku tatabahasa Melayu.  Buku ini karangan Mejar Dato’ Mohd. Said bin Haji Sulaiman, daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja, (P.Bm.P.B.D.) Johor.  Buku ini diterbitkan pada tahun 11937 dalam tulisan Jawi oleh Ahmadiah Press setebal 198 halaman.

BAHASAKarya
PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR

PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR, buku pedoman ejaan.  Pedoman ini dikenaI juga sebagai Pedoman Ejaan P.Bm.P.B.  Diraja Johor atau Pedaman Ejaan Pakatan.  Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato' Haji Muhammad Said Haji Suleiman.  Tujuan diadakan pedoman ini adalah untuk menyeragamkan dan membakukan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor.  Semasa pedoman ini disusun, perbincangan telah dibuat oleh Haji Muhammad Said dengan Pendeta Za'ba yang bertugas di Tanjung Malim pada ketika itu.  Pada tahun 1937, pedoman ini diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor dengan judul Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B.  Diraja, iaitu sebagai pedoman rasmi bagi ejaan Jawi untuk kegunaan Pakatan dan ahli-ahlinya, serta juga penerbitan buku-buku bagi kerajaan Johor. Pedoman ini mengandungi 25 halaman.

BAHASABahasa
KARIM RASYID, ABDUL

KARIM RASYID, ABDUL (  ?  -  ?  ), pendidik, nasionalis dan tentera. Dia lahir di Selangor. Dia pernah menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak (1929-1931). Selepas tamat belajar, dia menjadi guru hingga tentera Jepun menduduki Tanah Melayu (1942). Semasa pemerintahan Jepun, dia memasuki kumpulan Giyu-Gun dan mendapat pangkat Mejar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENDETA BAHASA

PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut.  Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu.  Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba).  Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956.  Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas