MEKAR DAN SEGAR | MEKAR DAN SEGAR, antologi cerpen yang memuatkan hasil karya pengarang Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang digolongkan sebagai penulis angkatan baru. Antologi ini diterbitkan oleh Oxford University Press (OUP), Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan diulang cetak pada tahun 1960. Dalam cetakan kedua, terdapat sedikit tambahan dengan melampirkan catatan biodata setiap pengarang. Antologi ini dicetak oleh Craftman Press Ltd. Singapura, manakala kerja-kerja mengumpul dan menulis kata pengenalan dilakukan oleh Asraf, yang ketika itu bertugas sebagai ketua redaksi di OUP. | SASTERA | Karya |
DAFODIL | Dafodil ialah bunga berwarna kuning yang mekar pada awal musim bunga. Ia ialah jenis narsisus, dan berasal dari Eropah. Ia hidup liar di hutan kecil. Dafodil juga banyak ditanam di taman di bahagian-bahagian lain di dunia. | UMUM | |
LILI MARIPOSA | Lili mariposa ialah sekumpulan lebih kurang 60 spesies bunga yang mekar pada musim bunga dalam famili lili. Bunganya yang cantik kadangkala dinamakan tanglong pari-pari, tulip glob, lili sego atau lili rama-rama. Kelopak bunganya menyerupai sayap rama-rama. Mariposa ialah perkataan Sepanyol bagi rama-rama. | UMUM | |
MADU | Madu ialah bendalir yang manis, pekat yang dihasilkan oleh lebah dari nektar bunga. Nektar ialah cecair yang cair. Lebah menyedutnya dari bunga mekar dan membawanya ke sarang. Setiap lebah pekerja mempunyai kantung dalam badannya yang dikenali sebagai perut madu, tempat nektar disimpan. Dalam kantung ini, gula dan nektar diuraikan oleh proses yang dikenali sebagai inversi menjadi dua gula ringkas, iaitu fruktos dan glukos. Selepas lebah menyimpan nektar dalam sarangnya, ia membiarkan kebanyakan air menyejat dan cecair menjadi pekat. Ia juga menambahkan enzim yang menyedapkan rasanya. | UMUM | |
TELIPUK | Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk berbunga putih adalah yang paling biasa didapati. Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya. Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang manakala yang lain pula mekar pada waktu malam. Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang dan hutan). Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea alba. | UMUM | |
MEI | Mei ialah bulan pada awal musim sejuk di Hemisfera Selatan. Di zon sederhana utara dunia, Mei adalah salah satu bulan yang paling indah dalam setahun. Salji dan ais telah cair, dan musim panas belum bermula. Tanaman taman mula bertunas pada bulan Mei. Pokok dan rumput menghijau dan tumbuhan liar berkembang mekar. Bunga liar yang kembang pada bulan Mei di Hemisfera Utara ialah mawar, anemone, hepatika, forsythia, dogwood, dan violet. Banyak burung yang membuat sarang, dan ibu burung mengeram telur yang bakal menetas tidak lama lagi. | UMUM | |
POKOK RUMBAI | Pokok rumbai ialah pokok kecil atau pokok renek yang dinamakan demikian kerana kelopak bunganya bak benang atau bak rumbai berwarna putih. Ia juga dikenali sebagai janggut orang tua ( old man’s beard ). Pokok rumbai ini tumbuh sehingga kira-kira 10 meter tingginya. Bunganya yang halus mekar pada awal musim bunga. | UMUM | |
PIRETRUM | Piretrum ialah nama bagi sekumpulan bunga yang berasal dari barat daya Asia, yang menghasilkan serbuk serangga dan ubat. Kuntum bunga piretrum tumbuh satu-satu atau bergugus pada batang yang tegak yang tumbuh setinggi 30 sentimeter atau lebih. Ia kelihatan seperti bunga daisi dengan rujinya berwarna samar, putih, merah lembayung, atau lilac. Ia mekar pada musim bunga atau awal musim panas dan ditanam sebagai bunga taman atau bunga untuk dipotong. | UMUM | |
KROKUS | Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi. Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang mekar pada musim gugur. | UMUM | |