NICHOLSON, JACK | Nicholson, Jack (1937– ), pelakon dan pengarah filem Amerika. Dia sering melakonkan watak yang sombong dan biadab atau individu yang berjiwa bebas dan menolak masyarakat konvensional. Nicholson memenangi Academy Award pada tahun 1975 sebagai pelakon lelaki terbaik melalui lakonannya dalam One Flew Over the Cuckoo’s Nest dan Academy Award pada tahun 1983 sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam Terms of Endearment. | UMUM | |
DAVIS, BETTE | Davis, Bette (1908–1989), pelakon filem wanita Amerika yang terkenal dengan melakonkan watak seorang wanita yang berazam kuat. Davis memenangi Academy Award sebagai pelakon wanita terbaik melalui lakonannya dalam Dangerous (1935) dan Jezebel (1938). | UMUM | |
REDFORD, ROBERT | Redford, Robert (1937– ) ialah pelakon dan pengarah filem Amerika. Redford telah melakonkan pelbagai watak. | UMUM | |
SHARIF, OMAR | Sharif, Omar (1932– ) ialah nama pentas bagi pelakon kelahiran Mesir. Dia menjadi bintang filem terkenal apabila filem yang dibintanginya, Lawrence of Arabia (1962) memenangi Academy Award. Dia mengukuhkan statusnya apabila melakonkan watak utama dalam filem Dr. Zhivago (1965). Kedua-dua filem ini dihasilkan oleh pengarah berketurunan British, David Lean. Pada mulanya, Omar Sharif melakonkan watak hero yang romantik, iaitu watak stereotaip yang sukar dielakkannya. Kemudian, dia melakonkan watak komedi ringan. Minat peribadinya adalah untuk menjadi pelakon bertaraf dunia. Omar Sharif lahir di Iskandariah. Nama sebenarnya ialah Michael Shalhoub. | UMUM | |
DEAN, JAMES | Dean, James (1931–1955), pelakon filem Amerika. Dia menjadi terkenal kerana kejayaannya melakonkan watak anak muda yang muram dengan penuh perasaan sebagai gambaran kekecewaan dan sikap memberontak. | UMUM | |
NIJINSKY, VASLAV | Nijinsky, Vaslav (1890–1950), penari lelaki yang terkenal pada zamannya. Dia rendah, dan mempunyai paha yang besar dan bahu yang runtuh. Meskipun demikian, dia melakonkan peranannya dengan penuh kesungguhan sehingga penampilannya nampak berubah daripada satu peranan kepada peranan yang lain. | UMUM | |
DAY-LEWIS, DANIEL | Day-Lewis, Daniel (1957– ) ialah pelakon Ireland. Pada tahun 1989, dia memenangi Academy Award sebagai pelakon terbaik dalam filem My Left Foot, yang melakonkan watak Christy Brown sebagai seorang penulis dan penyair yang lumpuh. | UMUM | |
THORNDIKE, DAME SYBIL | Thorndike, Dame Sybil (1882–1976) ialah pelakon wanita British yang unggul. Bakatnya yang serba boleh terserlah dalam persembahan komedi moden, tragedi Yunani, drama puisi, dan klasik dari beberapa buah negara. Dari tahun 1914 hingga tahun 1918, Thorndike berada di Teater Old Vic, London, melakonkan berbagai-bagai watak dalam drama Shakespeare. Semasa Perang Dunia II, dia mengunjungi beberapa buah bandar perlombongan dan perkampungan di Britain. Sybil Thorndike lahir di Gainsborough, Lincolnshire , England . Pada tahun 1961, Thorndike dilantik sebagai Komander Dame bagi Penerima Darjah Empayar British. | UMUM | |
PERTUNJUKAN MINSTREL | Pertunjukan minstrel ialah bentuk hiburan unik yang terawal di Amerika. Pertunjukan minstrel bermula pada tahun 1840-an dan mencapai kemuncak kepopularannya kira-kira pada tahun 1870, walaupun ia hanya wujud sehingga kira-kira tahun 1900. Kebanyakan pertunjukan minstrel dilakukan oleh orang kulit putih. Mereka akan menghitamkan muka mereka jika ingin melakonkan watak orang kulit hitam. Beberapa kumpulan minstrel orang kulit hitam juga mengadakan pertunjukan di Amerika Syarikat. Pertunjukan minstrel memaparkan imej negatif orang kulit hitam dan imej ini kekal untuk jangka waktu yang lama selepas persembahan tersebut. | UMUM | |
PENGLIPUR LARA | PENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu. Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya. Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat. Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |