SOSIALISASI | Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku, merujuk kepada proses kompleks yang dialami oleh individu ketika belajar mengenal dan melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat, idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli psikologi, dan ahli sosiologi menganggap sosialisasi sebagai salah satu cara utama masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. | UMUM | |
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948) | Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | UMUM | |
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI | Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, agensi yang merancang, menggubal dan melaksanakan dasar berkaitan dengan perdagangan luar dan pembangunan industri negara. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) | Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah badan bukan kerajaan yang kegiatan utamanya tertumpu kepada kerja-kerja kebajikan dan dakwah khususnya di kalangan saudara baru. Untuk mencapai matlamat ini, PERKIM melaksanakan beberapa program kebajikan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. | UMUM | |
BIARAWATI | Biarawati ialah wanita yang tergolong dalam komuniti agama dan mengabdikan kehidupannya untuk melaksanakan matlamat agama. Pelbagai agama besar, termasuk agama Buddha, Kristian, dan Taoisme, mempunyai order biarawati. Gereja Roman Katolik mempunyai lebih banyak order biarawati daripada mana-mana mazhab Kristian yang lain. | UMUM | |
DAULAT | DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MAKMAL PENDORONGAN JET | Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal ini dikendalikan oleh California Institute of Technology yang terletak di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan – National Aeronautics and Space Administration (NASA). | UMUM | |
TERAPI GEN | Terapi gen ialah satu teknik untuk merawat penyakit dengan membekalkan gen (unit baka) normal kepada sel badan pesakit untuk menggantikan gen yang rosak atau tiada. Teknik tersebut membolehkan doktor memperbaiki kerosakan di dalam sel pesakit atau mengarahkan sel melaksanakan fungsi yang baru. | UMUM | |
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH), sebuah kementerian yang menggabungkan pihak tentera dan awam dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab dalam aspek pertahanan negara. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
TERAPI PEKERJAAN | Terapi pekerjaan ialah penggunaan aktiviti amali untuk merawat kecacatan fizikal dan mental. Doktor sering mempreskripsikan jenis rawatan ini bagi orang yang mengalami kecederaan, penyakit, masalah emosi, atau penuaan. Terapi pekerjaan menumpukan perhatian, terutamanya dalam membantu pesakit membina kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas khusus. | UMUM | |