Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948)

Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian

bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada

1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan

Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan

Persekutuan dengan menggabungkan semua

negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau

Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu

unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud

sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah

asas pembentukan negara Tanah Melayu yang

merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI JERMAN

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI JERMAN, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Jerman dilaksanakan oleh universiti atau muzium.  Di beberapa universiti di Jerman, ada jurusan yang dinamakan Sudostasienwissenschaften, Malaiologie atau Seminar fur Indonesische Sprachen.  Jurusan tersebut mengkaji bidang linguistik, sastera, sejarah, antropologi, ekonomi dan bidang lain di kawasan Asia Tenggara.  Selain pengajian Melayu tersebut, terdapat jurusan lain seperti jurusan ilmu politik, ilmu sejarah dan ilmu antropologi/ilmu sosiologi yang juga melaksanakan pengajian yang berhubungan dengan kawasan Asia Tenggara.  Sejumlah muzium antropologi memiliki koleksi, menyelenggara dan membiayai pengkajian kebudayaan Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
DAULAT

DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara.

1">     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERJANJIAN PERSEKUTUAN

PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union.  Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit.  Dengan itu, terhapuslah konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.  Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
UDAUDA, agensi berkanun.  UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar).  Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar.  UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.  Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan  dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum.  Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas