ASKAR PAYUNG TERJUN | Askar payung terjun merupakan askar yang dilatih bagi melakukan serangan dari udara. Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat dengan menggunakan payung terjun, atau diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun akan mendarat di belakang barisan musuh, meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan. Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam pertempuran ganas secara berhadapan. Askar payung terjun membawa pek peralatan yang berat, termasuk rifel automatik, mesingan, grenad, peti perubatan dan peralatan radio. | UMUM | |
ALAT | Alat ialah sebarang perkakas yang digunakan oleh pekerja untuk melakukan kerja. Alat yang melakukan tugasnya dengan mesin dinamakan alat mesin . | UMUM | |
POST, WILEY | Post, Wiley (1899–1935) ialah juruterbang perintis Amerika. Dia adalah orang yang pertama melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia. Dia melakukan penerbangan bersejarah itu pada tahun 1933 dalam sebuah pesawat Lockheed Vega berenjin tunggal dengan nama julukan Winnie Mae . | UMUM | |
KOMPUTER | Komputer ialah mesin yang dapat melakukan pengiraan dan memproses maklumat dengan kadar kelajuan yang mengagumkan dan tepat. Komputer dapat mengendalikan maklumat yang banyak dan menyelesaikan masalah yang rumit. Komputer dapat memproses beribu-ribu data dan menjadikannya maklumat yang berguna dengan cepat dan hampir tepat. Komputer yang paling berkuasa dapat melakukan berbilion pengiraan sesaat. | UMUM | |
BIOREAKTOR | Peralatan utama bagu melakukan proses penapaian. | KEJURUTERAAN | Konsep |
MESIN | Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan penekan untuk membuat keluaran yang kita gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip, komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas dan kapal terbang mengangkut manusia dengan pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin, penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar untuk hidup, dan peladang tidak dapat menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita bergantung pada mesin. | UMUM | |
INSTITUT PENYELIDIKAN TEKNOLOGI NUKLEAR MALAYSIA | Institut melakukan kajian nuklear. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
QIAMULLAIL | Berjaga malam walaupun seketika dengan melakukan amalan sunat seperti solat tahajjud dan berzikir. | AGAMA | Konsep |
PERJALANAN DURA BESAR | Perjalanan Dura Besar ialah perjalanan bersejarah ke pedalaman Afrika Selatan oleh peladang berbangsa Belanda. Mereka melakukan Perjalanan Dura Besar ’ (perjalanan jauh) terutamanya kerana mereka mahu lari daripada pemerintahan British di Cape Colony. Dari tahun 1835 hingga tahun 1838, kira-kira 10 000 orang melakukan perjalanan yang panjang dan sukar ini dengan kereta lembu. Kemudian, mereka dikenali sebagai Voortrekker , perkataan yang bermaksud peneroka awal dalam bahasa Afrikaans (lihat Bahasa Afrikaans ). | UMUM | |
ADAT | Adat ialah amalan atau cara melakukan sesuatu yang telah diwarisi turun-temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya. | UMUM | |