Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERBICARAAN MELALUI KOMBAT

Perbicaraan melalui kombat juga dikenali

sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau

pertaruhan pertempuran , adalah satu cara

menyelesaikan perbalahan undang-undang pada

Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan

mengamalkannya bertahun-tahun lamanya.

Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada

pertarungan dua orang kerana orang ramai

percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan

membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur

yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh.

Golongan bangsawan kadangkala melantik

pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak

mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya

diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui

kombat diperkenalkan di England oleh William Si

Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur-

ansur mengambil alih perbicaraan ini.

UMUM 
TELEGRAF MELALUI DARAT

Telegraf melalui darat merentasi Australia

sejauh 3568 kilometer dari Adelaide ke Darwin,

tempat ia bersambung dengan rangkaian telegraf

dengan Asia dan Eropah. Telegraf melalui darat yang

pertama menghubungkan Port Augusta, di Australia

Selatan dan Port Darwin, di Wilayah Utara. Kerja

pembinaannya bermula pada tahun 1871 dan siap

pada tahun berikutnya setelah mengalami banyak

kesukaran. Kabel bawah laut dari Darwin ke Pulau

Jawa juga mula beroperasi pada tahun 1872.

UMUM 
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Kepimpinan Melalui Teladan, panduan cara memimpin melalui teladan yang baik dan berkesan yang ditunjukkan oleh pemimpin.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANKonsep
SUKU

Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara

melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku

merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan

melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal

(pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli

sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat

antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai

semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka

mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi

harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku

dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin

di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem

(haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika

mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau

suku Tobacco.

UMUM 
SUNGAI MACQUIRE

Sungai Macquire mengalir sejauh 944 kilometer

melalui New South Wales, Australia. Sungai ini

bermula dari lereng sebelah barat Banjaran Pemisah

Besar Oberon. Sungai ini mengalir ke arah barat laut

melalui bandar Bathurst, Wellington dan Dubbo. Ia

mengalir melalui Macquire Marshes dan bercantum

dengan Sungai Barwon dan Sungai Darling Hulu.

Petani di Lembah Macquire menternak kambing biri-biri,

lembu, ayam dan babi. Kebanyakan kawasan

pertanian ditanam dengan gandum, sayuran, buah-buahan

dan tanaman makanan binatang.

UMUM 
SHRIKE

Shrike ialah burung yang boleh dikenal melalui

paruhnya yang kuat dan bengkok sedikit, dan

melalui tabiatnya menujah belalang, mencit, dan

burung kecil pada duri, ruit, atau ranting, sama

seperti penyembelih menggantung daging. Burung

ini kemudiannya menyiat mangsanya hingga halus

dan memakannya. Daripada tabiat ini berasal nama

biasanya, iaitu burung penyembelih.

UMUM 
MISTISISME

Mistisisme ialah kepercayaan bahawa Tuhan

atau kebenaran rohaniah boleh diketahui melalui

makrifat individu dan bukan melalui pemikiran atau

penyelidikan. Semua agama utama sedikit

sebanyak mempunyai unsur-unsur mistisisme.

UMUM 
SUNGAI YUKON

Sungai Yukon, salah sebuah sungai yang

terpanjang di Amerika Utara, mengalir melalui

Wilayah Yukon, Kanada dan melalui Alaska di

Amerika Syarikat. Panjangnya ialah 3185 kilometer.

UMUM 
TRANSLASIProses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
MIKROTOMI

Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan

mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni

menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui

mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek

boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop

(lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti

digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya

boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan

cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas