SUNGAI NIL | Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia. Ia mengalir sepanjang 6671 kilometer melalui timur laut Afrika. Sungai Nil berpunca berdekatan Garisan Khatulistiwa dan mengalir ke Laut Mediterranean. Sungai ini mengairi kira-kira 2.4 juta hektar tanah di Mesir dan kira-kira 1.1 juta hektar di Sudan. | UMUM | |
PEMBUNUHAN AMBON | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify; tab-stops: 1.0in 81.0pt">PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon. Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia. Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon. Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah. Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda. Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
MILAN | Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan, pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali, berhampiran dengan jalan tembus melalui pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali [peta politik]). Ramai pelancong yang melawat Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy, salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini dalam bahasa Itali ialah Milano. | UMUM | |
SEATTLE | Seattle (pend. bandar–516 259; kawasan metropolitan–1 972 961) ialah bandar raya terbesar di Washington, Amerika Syarikat. Bandar raya ini merupakan pusat pengeluaran, perdagangan, dan pengangkutan yang penting di Barat Laut Pasifik. Bandar raya ini terletak di pantai timur Selat Puget, kira-kira 200 kilometer dari Lautan Pasifik melalui Selat Juan de Fuca. Kedudukan Seattle telah membantunya menjadi pintu masuk ke Alaska dan Timur Jauh. Lebih kurang dua per lima penduduk Washington tinggal di kawasan metropolitan Seattle. | UMUM | |
SAAR | Saar ialah negeri di Jerman di sempadan Perancis- Jerman (lihat Jerman [peta politik]). Saar meliputi 2574 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk 1 045 900. Ia dinamakan sempena Sungai Saar yang mengalir melalui kawasan itu. Kawasan itu juga dikenali sebagai Wilayah Saar atau Lembangan Saar. Nama Jerman untuk Saar ialah Saarland . Saar amat bernilai kerana lombong batu arangnya dan loji kelulinya yang banyak. Ibu negerinya ialah Saarbrucken. | UMUM | |
PEMIMPIN WARITA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMIMPIN WARITA, akhbar Melayu bertulisan Jawi yang diterbitkan di Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19. Akhbar yang dicetak secara cap batu (litograf) ini mula diterbitkan pada 4 November 1895. Harga langganannya ialah $4.00 setahun. Pada tahun 1897, harga akhbar ini diturunkan kepada $3.00 setahun. Akhbar ini diterbitkan oleh Khor Teow Han, yang menerbitkannya melalui percetakan Kim Saik Hean, yang dimilikinya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD., penerbit buku. Penerbit ini ditubuhkan oleh syarikat induknya Oxford University Press (OUP). Pejabat OUP pada mulanya ditubuhkan di Singapura (1955) dan kemudiannya di Kuala Lumpur (1957) oleh Raymond Ernest Brammah, Ketua Bahagian Buku Pelajar OUP di United Kingdom. Penerbit Fajar Bakti menyebarluaskan matlamat liberal OUP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan kebudayaan melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Thai dan Jepun. | SASTERA | Penerbitan |
SUNGAI MURRAY | Sungai Murray dan cawangan-cawangan sungainya membentuk sistem sungai terbesar di Australia. Kawasan tadahannya yang meliputi 1 056 720 kilometer persegi terletak di sudut tenggara benua itu. Ia meliputi satu per tujuh jumlah kawasan seluruh Australia. Panjang Sungai Murray ialah 2589 kilometer. Cawangan Sungai Murray yang utama ialah Sungai Darling yang berukuran 2740 kilometer panjang, Sungai Murrumbidgee yang berukuran 1575 kilometer panjang; dan Sungai Goulburn yang berukuran 560 kilometer panjang. Sungai Murray-Darling merupakan sistem sungai yang keempat terpanjang di dunia. Aliran sungai yang melalui Condamine, Darling, dan Murray hingga ke laut berukuran sejauh 3782 kilometer. | UMUM | |
TAMAN NEGARA GRAND CANYON | Taman Negara Grand Canyon, di Amerika Syarikat, meliputi sebahagian besar Grand Canyon, sebuah daripada ngarai yang paling hebat di dunia. Sungai Colorado mengalir melalui ngarai yang terbentang seluas 446 kilometer di barat laut Arizona. Sebahagian daripada ngarai tersebut sedalam 1.5 kilometer dan 29 kilometer lebar. Taman ini juga meliputi bukit yang curam dan puncak menara batu yang tinggi. | UMUM | |
TELUK MEXICO | Teluk Mexico ialah sebahagian daripada Lautan Atlantik yang melengkung dan besar. Ia hampir dikelilingi oleh Amerika Syarikat dan Mexico. Teluk ini membentuk satu lembangan lautan yang luas dan meliputi hampir 1 800 000 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 1300 kilometer dan lebarnya 1770 kilometer. Selat Yucatán menyambungkan Teluk Mexico dengan Laut Caribbean, dan Selat Florida mencantumkannya dengan Lautan Atlantik. Air teluk yang suam mengalir melalui Selat Florida menjadi arus Atlantik yang penting yang dikenali sebagai Arus Telukan (lihat Arus Telukan) . | UMUM | |