| PERSEPS | Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal. Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari organ-organ deria yang bertindak balas dengan tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak gelombang radiasi elektromagnetik merangsang mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi, tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan dan kedudukan tubuh. | UMUM | |
| ARTERI | Arteri ialah nama tiub atau salur darah yang melaluinya darah dipam keluar dari jantung ke berbagai-bagai bahagian tubuh. Darah yang dibawa oleh kebanyakan arteri itu merah terang kerana darah ini telah mengambil oksigen semasa melalui paru-paru. Akan tetapi darah yang mengalir melalui arteri yang menghubungkan ventrikel sebelah kanan jantung dengan paru-paru belum lagi mengambil oksigennya. Darah ini berwarna kecoklat-coklatan. Jika arteri itu terpotong, darah akan memancut keluar secara bersamaan dengan degupan jantung. Vena berbeza daripada arteri oleh sebab vena membawa darah balik ke jantung, bukannya membawa darah keluar dari jantung. Jika vena terpotong maka darah mengalir daripadanya dalam aliran yang sekata. | UMUM | |
| SUMPITAN | Sumpitan ialah pembuluh di mana damak beracun atau bebola tanah liat ditiupkan melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat dengan membuat lubang dalam galah kayu. Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2 meter panjang, dan dipasang muncung dan alat untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus untuk menyumpit burung dan monyet di hutan tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan. | UMUM | |
| TELEFON KUASA-BUNYI | Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi tidak mempunyai sumber kuasa luar selain yang dibekalkan oleh gelombang bunyi. Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer. Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi mempunyai kebaikan dari segi daya tahan, boleh diharap, dan menjimatkan. | UMUM | |
| TASIK BALA | Tasik Bala ialah tasik yang terbesar di Wales Utara. Panjangnya ialah enam kilometer dan ia terletak di Gwynedd. Tasik yang panjang dan sempit ini menganjur pada arah timur laut ke barat daya. Sungai Dee mengalir melaluinya. Nama tasik ini adalah sempena bandar Bala yang terletak di utara tasik tersebut. Llangower terletak di pinggir timur. Orang Wales menamakan tasik tersebut Llyn Tegid. | UMUM | |
| SUNGAI SAÔNE | Sungai Saône ialah laluan air di timur Perancis. Ia bermula berhampiran kaki bukit di Gunung Vosges dan mengalir sejauh 431 kilometer. Sungai Saône, cawangan Sungai Rhône yang terpenting bertemu di Lyon. Kapal ringan boleh belayar melaluinya sejauh 373 kilometer. Bandar perindustrian Chalon-sur-Saône terletak di tebingnya. Terdapat terowong yang menghubungkan Sungai Saône ke Moselle, Marne, Yonne dan Sungai Loire. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta muka bumi). | UMUM | |
| OKARINA | Okarina ialah alat tiup permainan kecil jenis wisel. Ia diperbuat daripada tanah liat yang dibentuk dengan acuan atau plastik, dan berbentuk seperti telur angsa. Namanya diperoleh daripada bentuk perkataan dalam bahasa Itali bermakna angsa. Okarina mempunyai mouth piece , dan melaluinya, pemain akan menggetarkan pernafasannya dalam ruang okarina ini. Okarina mempunyai lapan lubang hingga 10 lubang bagi membolehkan pemain bermain skala yang mudah. Tonnya lembut dan merdu. Donati, seorang Itali, mencipta okarina pada tahun 1860-an, tetapi alat berbentuk seperti okarina telah ditemui pada zaman China purba. | UMUM | |
| TAMBAK RAKSASA | Tambak Raksasa merupakan pembentukan palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya daripada legenda lama bahawa tambak tersebut dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland, menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba. Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil daripada pengecutan aliran lahar. Lihat juga Basalt. | UMUM | |
| TALKUM | Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan yang rata licin, dan dalam bongkah yang padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris. Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di Mesir dan China purba. | UMUM | |
| SELAT BASS | Selat Bass memisahkan Tasmania dari tanah besar Australia. Untuk lokasinya, lihat Australia (peta politik). Selat ini lebarnya lebih kurang 240 kilometer. Kawasan perairan yang cetek ini dalamnya antara 55 meter hingga 90 meter. Arus lautan yang kuat melanda sepanjang selat ini dan mengakibatkan keadaan yang bergelora sepanjang tahun. Terdapat banyak pulau di Selat Bass, termasuk gugusan pulau Furneaux dan Kent. Selat ini dinamakan sempena nama George Bass, yang belayar melaluinya bersama-sama Matthew Flinders pada tahun 1798. | UMUM | |