Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.mar] | ملامر

Definisi : 1. meminta utk berkahwin dgn, meminang: kelmarin orang tua kekasih­nya datang ~; 2. memohon kerja (di pejabat dll): dia mencuba ~ pekerjaan sbg jurutaip di pejabat-pejabat kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.mar] | ملامر

Definisi : 1 meminta utk berkahwin dgn; meminang: Dia tidak berani ~ anak orang kaya itu. 2 meminta pekerjaan di pejabat dll; memohon: Ia telah ~ pekerjaan sbg kerani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lamar
Kata Terbitan : melamar, lamaran, pelamar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CALONARANG

CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno.  Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang.  Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya.  Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan.  Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya.  Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang.  Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan.  Airlangga kembali tenteram.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas