Kematian bermakna berakhirnya kehidupan. Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan kematian mereka. Kebanyakan manusia takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu daripada dorongan utama yang membentuk tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah, manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk memahami makna sebenar kematian. Sesetengah para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan manusia ini ialah hasil daripada kemampuan manusia mengatasi kematian dan memperoleh keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan. |