Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi di Sarawak yg tinggal di pesisiran pantai, muara dan anak Sungai Rejang, terutamanya di daerah Matu dan Daro, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melanau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELANAU

MELANAU, kaum bumiputera yang keempat terbesar di Sarawak setelah kaum Iban, Melayu dan Bidayuh.  Pada asalnya, mereka tidak menamakan diri mereka Melanau.  Panggilan Melanau ini diperkenalkan semasa pemerintahan Brunei.  Orang Melanau, terutama di kawasan Mukah, Oya dan Dalat memperkenalkan diri mereka sebagai              ‘a-likou’ iaitu orang sungai.  Sungguhpun begitu ‘likou’ juga bermaksud orang Melanau yang masih mengamalkan kepercayaan lama.  Mereka juga memperkenalkan diri mereka mengikut nama tempat.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ADAT PERKAHWINAN MELANAU

ADAT PERKAHWINAN MELANAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak. Adat perkahwinan yang diamalkan bergantung kepada status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk ‘tanda tunaeng’ dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti ‘adat menuga’, ‘adat mebin’ dan ‘pakan’ juga turut ditentukan oleh status sosial ini. Walau bagaimanapun, asas adat perkahwinan adalah sama seperti merisik dan majlis perkahwinan.

 

BUDAYAKonsep
PESTA KAULPESTA KAUL, upacara puja pantai yang dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Melanau terutama di kalangan Melanau Likau di Sarawak. Biasanya pesta ini diadakan pada bulan Mac atau awal bulan April setiap tahun setelah musim tengkujuh berakhir. Pesta ini diadakan di kawasan pantai atau di sebelah kanan muara sungai, di pesisiran Bahagian Sibu, Bahagian Miri dan Bahagian Sarikei.BUDAYAPerayaan/Upacara
UMAIUMAI, makanan tradisi masyarakat Melanau.  Umai menjadi makanan pembuka selera di kalangan masyarakat Melanau dan sekarang turut digemari oleh masyarakat lain.  Umai diperbuat daripada ikan yang dihiris halus yang dicampur dengan perencah khusus.BUDAYAMakanan
BERAYUN

BERAYUN, upacara pengubatan yang terakhir dalam masyarakat Melanau untuk memulihkan pesakit  iaitu setelah semua upacara pengubatan dilakukan.  Berayun juga disebut sebagai ‘aiyun’ atau ‘payun’.  Berayun juga merupakan satu pesta atau suasana manusia bertemu atau berhubung dengan makhluk halus.

BUDAYAPerayaan/Upacara
BEBAYUH

BEBAYUH, pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak, di daerah Bintulu, upacara bebayuh dikenal sebagai ‘puat’. Bebayuh merupakan upacara memanggil atau menyeru hantu-hantu yang boleh mendatangkan penyakit.

BUDAYAKonsep
MUKAH

MUKAH , wilayah di bawah kuasa Kesultanan Brunei dan pembekal utama sagu dunia pada abad ke-19. Mukah pada asalnya ialah sebuah perkampungan nelayan Melanau di Sarawak. Terdapat lebih kurang 37 buah kampung dan sebilangan kecil  kumpulan tertumpu di kawasan pinggiran Mukah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SIBU

SIBU, pelabuhan penting di Sarawak pada abad ke-19.  Dari segi geografi, Sibu terletak seolah-olah di atas sebuah pulau yang terbentuk oleh lekukan Sungai Rajang dengan Sungai Igan.  Pada asalnya bandar Sibu adalah sebuah perkampungan orang Melanau yang disebut Kampung Nangka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PANGERAN MATUSIN

PANGERAN MATUSIN (? -1880-an), pembesar Mukah, Sarawak.  Dia adalah anak pembesar Brunei dengan orang biasa keturunan Melanau dari Mukah.  Dia dihalau dari Mukah oleh Pangeran Arshad, tetapi Sultan Brunei memperkenankannya menetap di situ.  Mengikut catatan Charles Brooke, Pangeran Matusin disenangi oleh penduduk tempatan kerana kegigihannya dan sifatnya yang tidak memandang darjat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DIALEK MELAYU DI KALIMANTANDIALEK MELAYU DI KALIMANTAN, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Borneo yang luas dan terbahagi atas tiga negara: Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Di kawasan negara-negara itu, bahasa Melayu sudah dinyatakan sebagai bahasa kebangsaan. Selain sebagai bahasa rasmi dan baku oleh seluruh masyarakat, baik Melayu mahupun Modang, Melanau atau Cina, terdapat banyak dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo. Penutur-penutur pelbagai dialek ini berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Di samping bahasa Melayu yang baku, mereka bertutur sehari-hari dalam dialek Melayu daerah masing-masing.BAHASABahasa

Kembali ke atas