KAPAL FRIGAT | Kapal frigat ialah kapal perang yang digunakan untuk tugas mengiring dan meronda. Kapal ini boleh melancarkan roket dan peluru torpedo terhadap kapal selam. | UMUM | |
MELEMBING IKAN | Melembing ikan ialah sukan memburu ikan dalam air dengan menggunakan lembing atau tiruk, atau menggunakan senapang yang melancarkan lembing. Penggemar melembing ikan memburu ikan di dalam sungai, tasik, dan lautan di seluruh dunia. Ikan yang ditangkap dijadikan makanan. Sesetengah ahli biologi menggunakan kaedah melembing ikan apabila menanda ikan untuk tujuan penyelidikan, tanpa mencederakan ikan tersebut. | UMUM | |
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE | Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, The National Aeronautics and Space Administration (NASA), telah melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika, Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) . | UMUM | |
KIAI SALLEH | Kiai Salleh (1916–1956) ialah nasionalis Melayu yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun. Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk melancarkan penentangan tersebut. | UMUM | |
PERANG GERILA | Perang gerila ialah perang oleh kumpulan pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh melalui serang hendap, penyerbuan mendadak, dan serangan skala kecil yang lain. Gerila mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya beroperasi di belakang barisan musuh dan menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan serangan. Apabila keganasan dilancarkan di kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka melakukan pengeboman, penculikan, dan tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya untuk menentang musuh yang lebih hebat dari segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol dan pertama kali digunakan semasa Perang Semenanjung Napoleon (1808–1814). | UMUM | |
SPUTNIK | Sputnik ialah nama yang diberi kepada satu siri satelit bumi tanpa manusia yang dilancarkan ke angkasa lepas oleh bekas Kesatuan Soviet. Sputnik ialah perkataan Rusia yang bermakna pengembara. Sputnik I, yang dilancarkan pada 4 Oktober 1957, mengelilingi bumi sekali setiap 95 minit dengan kelajuan 29 000 kilometer sejam, sehingga pesawat ini jatuh ke bumi pada 4 Januari1958. Kesatuan Soviet juga melancarkan sembilan lagi sputnik yang lebih besar, dari bulan November 1957 hingga bulan Mac 1961. Lihat juga Balai cerap Jodrell Bank; Penjelajahan angkasa. | UMUM | |
PERANG KEDAH-SIAM | PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah. Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839. Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala. Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian. Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
KMM | KMM, pertubuhan politik nasionalisme bangsa Melayu yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu. KMM ialah singkatan Kesatuan Melayu Muda. Kesatuan ini ditubuhkan pada bulan Mei 1937, di kampung Baru, Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya ialah untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan di kalangan orang Melayu, di samping melancarkan dasar anti-British. Pada waktu yang sama, wujud juga pertubuhan Melayu yang lain seperti Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Selangor, dan lain-lain, tetapi pertubuhan tersebut tidak seradikal KMM. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERANG SALIB | Perang Salib ialah nama sempena serangan askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14 M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari segi geografi yang menyambungkan di antara timur dengan barat, dan keinginan menguasai tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga bertujuan menyekat usaha pembukaan negara- negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain. Mereka telah menyusun tentera yang datang dari Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan 1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan peningkatan kekuatan senjata. | UMUM | |
DATUK SUTAN MAHARADJA | DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan ‘revolusi adat demokratis’ melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |