Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.da] | ملندا

Definisi : mencari bijih dgn dulang, melimbang, mendulang: air dan lodak itu dilanda utk mengasingkan bijih logam drpd lodak yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.da] | ملندا

Definisi : 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.da] | ملندا

Definisi : mencari bijih dgn menggunakan dulang; mendulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.lan.da] | ملندا

Definisi : 1 masuk dgn paksa atau dgn keras; merempuh; melanggar: Pagar di keliling stadium itu runtuh dilanda orang. 2 ki datang menimpa dsb dgn banyak (bkn perasaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landa2
Kata Terbitan : melanda, terlanda, melanda, pelanda,

Puisi
 

Abang Hassan anak baginda,
     Menjahit baju tidak bersisi;
Rindu di hati datang melanda,
     Air mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAWAH DEBU

Kawah Debu merujuk kepada siri angin

pemusnah dan ribut debu yang melanda Amerika

Syarikat pada tahun 1930-an. Ribut ini merupakan

antara malapetaka yang paling buruk dalam sejarah

dunia.

UMUM 
ORDER IN COUNCIL

Order in Council. Dekri yang dikeluarkan oleh

kerajaan British apabila perkara yang amat penting

melanda negara dikenali sebagai Order in Council.

Ia mendapat nama tersebut kerana ia diisytiharkan

atas nasihat Majlis Privi. Pada tahun 1807, Great

Britain mengeluarkan Order in Council sebagai

jawapan kepada ancaman Napoleon untuk

menyekat empayar kepulauan. Dengan order ini,

kapal-kapal British menyekat pantai Eropah dan

menahan kapal perdagangan yang berkecuali

daripada memasuki pelabuhan Eropah yang

terletak di bawah kekuasaan Napoleon.

Lihat juga Majlis Privi.

UMUM 
SELAT BRISTOL

Selat Bristol ialah cabang Lautan Atlantik yang

terletak di antara Wales dengan barat daya

England. Ia menganjur kira-kira 130 kilometer dari

laut ke Sungai Severn (lihat United Kingdom [peta

muka bumi]). Pasang surut yang melanda bahagian

terusan yang sempit ini menyebabkan berlaku

ombak muara (ombak gadang yang tinggi). Ombak

ini telah menyongsangkan aliran Sungai Severn.

Ketinggian ombak gadang boleh mencapai 12

meter. Swansea dan Cardiff ialah pelabuhan utama

di pantai Wales. Bristol terletak berhampiran

dengan hulu selat. Manakala berhampiran Bristol

pula ialah Sungai Avon yang mengalir ke muara

Sungai Severn.

UMUM 
MAGERAN

MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan

semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja

pentadbiran awam, tentera dan polis bagi

mengembalikan keamanan negara. MAGERAN

ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini

ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan

yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada

16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai

pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri

daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden

MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku

Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan

Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.

UMUM 
SELAT BASS

Selat Bass memisahkan Tasmania dari tanah

besar Australia. Untuk lokasinya, lihat Australia

(peta politik). Selat ini lebarnya lebih kurang

240 kilometer. Kawasan perairan yang cetek ini

dalamnya antara 55 meter hingga 90 meter. Arus

lautan yang kuat melanda sepanjang selat ini dan

mengakibatkan keadaan yang bergelora sepanjang

tahun. Terdapat banyak pulau di Selat Bass,

termasuk gugusan pulau Furneaux dan Kent. Selat

ini dinamakan sempena nama George Bass, yang

belayar melaluinya bersama-sama Matthew

Flinders pada tahun 1798.

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 

Kembali ke atas