Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melanesia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK KELAPA

Pokok kelapa ialah pokok tinggi meliuk, yang

mengeluarkan buah kelapa. Ia mungkin berasal

dari Asia Tenggara dan Kepulauan Melanesia di

Lautan Pasifik. Tetapi ia telah diperkenalkan ke

semua bahagian tropika dan subtropika di dunia.

Pokok kelapa tingginya dari 12 meter hingga 30

meter. Daunnya besar bak bulu pelepah

mengembang dari puncak batangnya yang tidak

berdahan.

UMUM 
MOTUAN

Motuan ialah satu kumpulan yang terdiri

daripada kira-kira 10 000 orang yang tinggal di Port

Moresby, Papua New Guinea dan kawasan-kawasan

yang berhampiran dengannya. Mereka

berbangsa Melanesia dan agak baru di Papua New

Guinea. Anggota kumpulan ini mula-mula tiba di

sini kira-kira 5000 tahun yang lalu. Orang Papua

yang tinggal berhampiran sudah menetap di situ

sejak dahulu lagi. Bahasa Motuan ada kaitannya

dengan bahasa pertuturan di New Hebrides dan

Fiji. Wanita Motuan mahir membuat barangan

tembikar dan sejak berabad lamanya, kaum

lelakinya memperdagangkan barangan tembikar

tersebut dengan orang yang tinggal di sepanjang

Teluk Papua untuk mendapatkan sagu. Ekspedisi

perdagangan yang biasa dan dikenali sebagai hiri

membawa barangan tembikar ini dalam lakatois

(sampan).

UMUM 
KULTUS KARGO

Kultus kargo ialah nama yang diberi kepada

kebanyakan kultus keagamaan yang terdahulu dan

yang tidak kekal lama di New Guinea dan bahagian

timur melalui Melanesia hingga ke Fiji.

UMUM 
PULAU GUADALCANAL

Pulau Guadalcanal terletak di Laut Karang di

timur bahagian paling selatan New Guinea. Ia

pulau terbesar bagi kepulauan Solomon. Honiara,

ibu negeri dan bandar terbesar negara ini terletak

di Guadalcanal. Guadalcanal meliputi kawasan

seluas 6475 kilometer persegi. Gunung-ganang di

pulau ini mencecah ketinggian 2400 meter.

Kebanyakan penduduknya yang seramai 71 000 itu

ialah orang Melanesia. Keluaran utama pulau ini

ialah pisang, kelapa, nanas, getah, dan emas.

UMUM 
PULAU MANUS

Pulau Manus merupakan pulau terbesar dalam

kelompok Admiralti Papua New Guinea.

Keluasannya ialah 1890 kilometer persegi. Pulau ini

bergunung-ganang dan berhutan tebal. Hanya

sebahagian kecil kawasan di sepanjang pantai dan

di bahagian hujung timur yang boleh digunakan

untuk pertanian. Terdapat lebih kurang 20 000

penduduk tinggal di Pulau Manus dan pulau-pulau

di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk pulau ini

ialah orang Melanesia yang merupakan nelayan

yang mahir dan berdagang dengan penduduk

yang tinggal di pulau-pulau berdekatan. Hasil

tanaman penduduk pulau ini ialah taro, keladi,

nanas, pisang, dan sagu.

UMUM 

Kembali ke atas