Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.kah] | ملڠکه

Definisi : 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.kah] | ملڠکه

Definisi : 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Puisi
 

Pisau tunjung ke laut,
     Mari dinaik melihatlah bulan;
Apa khabar melangkah laut,
     Kamilah di rumah melihat bulan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WAWASAN 2020WAWASAN 2020, wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.  Wawasan 2020 dicetuskan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia,  dalam ucapannya yang bertajuk “Malaysia Melangkah Ke Hadapan” yang dibentangkan dalam sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 di Kuala Lumpur.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
H.M. ROHAIZAD

H.M. ROHAIZAD (1926-1961), pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dia lahir pada bulan Disember 1926. Nama sebenarnya ialah Syed Mohd. Hamid bin Syed Muhammad al-Sagoff tetapi   lebih dikenal dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman. Dia menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di Shaws Malay Film Production Ltd., Singapura pada 7 Januari 1953.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas