Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDINKapsyen1">          :1">           Sultan Hishamuddin Alam Syah Ibni Sultan Alaiddin

 

SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN (1898-1969), Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua (1960). Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor. Baginda ialah putera ketiga Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Baginda menamatkan pelajaran menengah ketika berusia 18 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN BADLISHAHKapsyen1">          :1">           Sultan Badlishah

 

SULTAN BADLISHAH (1894-1958), Sultan Kedah yang ke-27 (1943-1958). Baginda diputerakan pada 17 Mac 1894, di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah putera Sultan Abdul Hamid dengan bondanya Tunku Sofiah Tunku Mahmud. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baharu, Alor Setar. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Diraja, di Bangkok, Thailand. Pada tahun 1912, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang ekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUTARDJI CALZOUM BACHRIKapsyen1">          :1">           Sutardji Calzoum Bachri

 

SUTARDJI CALZOUM BACHRI (1941-        ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 24 Jun 1941 di Rengat, Riau, Indonesia. Sutardji pernah melanjutkan pengajian di Fakultas Sosial Politik, Universitas Padjadjaran, Bandung.

SASTERATokoh
SUTAN TAKDIR ALISJAHBANAKapsyen1">          :1">           Sutan Takdir Alisjahbana

 

SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah.

BAHASATokoh
SURATMAN MARKASANKapsyen1">          :1">           Suratman Markasan

 

SURATMAN MARKASAN, (1930-    ), penulis Singapura.  Dia lahir pada 29 Disember 1930 di Pasir Panjang, Singapura.  Suratman mendapat pendidikan sekolah Melayu hingga Darjah Tiga.  Semasa Perang Dunia Kedua, dia terpaksa berhenti sekolah dan melakukan berbagai-bagai pekerjaan.  Pada tahun 1946, Suratman kembali bersekolah di Darjah Lima di Sekolah Melayu Sepoy Lines.  Dari tahun 1948 hingga tahun 1950, dia melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim.

SASTERATokoh
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAHKapsyen1">          :1">           Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

 

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946-     ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAZAK MAMAT

RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka.

SASTERATokoh
RAJA LOPE RASHID

RAJA LOPE RASHID (1909-   ),  anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANIS SABIRIN

ANIS SABIRIN, (1936 -       ), penulis.  Dia lahir pada 1 Mac 1936 di Johor Bahru, Johor.  Anis mendapat pendidikan asas di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di University of Malaya, Singapura.  Pada tahun 1959, dia lulus ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.  Anis memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang sains politik, ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Claremont Graduate School, Amerika Syarikat pada tahun 1976.  Anis pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik setelah tamat pengajian dari University of Malaya, Singapura, hingga tahun 1967.  Anis berhijrah ke Amerika Syarikat apabila menerima tawaran biasiswa Fullbright pada tahun 1967.

SASTERAKonsep
SUBAGIO SASTROWARDOJO

SUBAGIO SASTROWARDOJO (1924-    ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 1 Februari 1924 di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan di Holandsch Inlandsche School (HIS) Arjuna, Bandung (1938), Hoogere Burgerschool (HSB), Sekolah Menengah Pertama (SM) di Surakarta (1945), dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta (1947).  Pada tahun 1958, dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada.  Kemudian dia meneruskan pengajian sarjana di Department of Comparative Literature, Yale University, Amerika Syarikat (1963).  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1965 dari universiti yang sama.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas