Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.por.kan] | ملاڤورکن

Definisi : membuat pengaduan, meng­adukan, memberitahukan: seorang nelayan ~ bahawa baginda membuat rancangan sulit hendak merampas kerajaan mentua baginda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.por.kan] | ملاڤورکن

Definisi : membuat pengaduan atau repot; mengadukan; merepotkan: Ia telah ~ kecurian itu kpd polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapor
Kata Terbitan : melaporkan, laporan, pelaporan, pelapor,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAT KHABAR

Surat khabar ialah penerbitan yang

dikhususkan terutamanya untuk melaporkan dan

membuat ulasan sesuatu berita. Surat khabar ialah

saluran yang terbaik untuk mengetahui peristiwa

semasa. Surat khabar juga memainkan peranan

penting dalam membentuk pendapat awam.

UMUM 
ADDISON, THOMAS

Addison, Thomas (1793–1860) ialah doktor British

yang terkenal kerana pemeriannya tentang penyakit

Addison. Addison melaporkan dalam satu kertas

penyelidikan pada tahun 1855, bahawa dalam

keadaan penyakit ini, kulit menjadi kuning tembaga

berserta kelenjar adrenal yang berpenyakit. Dia juga

memerikan anemia Addison, yang kini dikenali

sebagai anemia pernisius (lihat Anemia ). Semasa

hayatnya, reputasi Addison terletak pada

kebolehannya yang terkemuka sebagai doktor dan

guru. Ketelitiannya melakukan pemeriksaan pada

pesakit dan ketepatan diagnosisnya menjadi terkenal.

UMUM 
BURUNG AJUK-AJUK

Burung ajuk-ajuk ialah burung Amerika

yang terkenal kerana keupayaannya mengajuk

bunyi burung-burung lain. Seorang ahli alamiah

melaporkan bahawa seekor burung ajuk-ajuk di

Carolina Selatan, Amerika Syarikat, mengajuk

bunyi 32 jenis burung yang berbeza dalam masa

10 minit. Bunyi burung ajuk-ajuk sendiri adalah

satu daripada bunyi burung yang paling versatile .

Burung ajuk-ajuk hanya hidup di Amerika Utara,

Amerika Tengah, dan Amerika Selatan.

UMUM 
NAGA LAUT

Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang

mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba,

legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan

makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi

telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu

pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau

terdampar di pantai.

UMUM 
API SAINT ELMO

Api Saint Elmo ialah kilauan yang mengiringi

keluarnya elektrik secara tetap daripada objek

tertentu. Ia terhasil semasa ribut petir atau pada

masa lain apabila awan berelektrik, wujud dan ia

boleh dilihat hanya dalam keadaan benar-benar

gelap. Pada masa dahulu, api Saint Elmo biasa

dilihat di sekeliling tiang kapal layar. Hari ini kita

kadangkala melihatnya di sekeliling kipas dan

hujung sayap kapal terbang yang melalui awan

berelektrik. Beberapa orang melaporkan ada

melihat api Saint Elmo di sekitar tanduk lembu.

Nama Elmo adalah daripada Erasmus . Saint Erasmus

dianggap sebagai saint pelindung pelaut-pelaut

Mediterranean.

Lihat juga Kilat (Bentuk kilat).

UMUM 
STROMBOLI

Stromboli ialah sebuah pulau di Laut Tyrrhenian di

luar pantai timur laut Sicily (lihat Itali [peta muka

bumi]). Pulau ini meliputi lebih kurang 12 kilometer

persegi dan mempunyai 386 orang penduduk.

Stromboli terkenal kerana gunung berapinya yang

menjulang setinggi 924 meter. Gunung berapi ini

ialah salah sebuah daripada sebilangan kecil gunung

berapi di Eropah yang sentiasa aktif. Penulis zaman

purba pernah melaporkan aktiviti gunung berapi ini

berkurun-kurun yang lalu. Ledakan gunung berapi

yang membawa kemusnahan jarang-jarang berlaku

di Stromboli kerana laharnya mengalir bebas, dan

tidak mengumpulkan tekanan dalaman yang boleh

menyebabkan ledakan dahsyat.

UMUM 
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM 
PERJANJIAN BRITISH-SIAM

PERJANJIAN BRITISH-SIAM (1902), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Siam.  Dengan termeterainya perjanjian ini, British memperkenalkan sistem penasihat di Kelantan dan Terengganu.  Tujuan pihak British memperkenalkan sistem tersebut adalah untuk mengawasi raja-raja Melayu di kedua-dua negeri dengan meletakkan seorang penasihat British, sebagai wakil pentadbiran Bangkok.  British berharap penasihatnya itu dapat mengawasi tindak-tanduk raja-raja Melayu yang berurusan dengan usahawan asing dan melaporkan segera kepada kerajaan Siam supaya tindakan dapat diambil sebelum raja-raja Melayu meluluskan sebarang permohonan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas