Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang­-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tem­bakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah­-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1. miskin, sengsara; 2. rugi: aku tinggal ~ spt ini, jadi orang pesawah, pasak kampung; kemelaratan perihal melarat (miskin), ke­miskinan, kesengsaraan: jika hendak tahu lagi perihal kemiskinan dan ~ bangsa kita, hendaklah anakku melawat serata Seme-nanjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : larat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : 1 rugi; kerugian: manfaat dan ~ untung dan rugi. 2 miskin; sengsara: hidup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : menjadi kian bertambah (besar, lama, panjang dsb); merebak; meluas: Aku berharap agar penyakitnya itu tidak akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.rat] | ملارت

Definisi : dlm kesusahan; miskin; sengsara. kemelaratan perihal melarat; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
melarat (adverba)
Bersinonim dengan merempat, merana, menderita, sengsara, seksa, susah, terlantar, terbiar;,
Kata Terbitan : kemelaratan,

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ditakik getah di daun.

Bermaksud :

Hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERESA, MOTHER

Teresa, Mother (1910–1997), ialah biarawati

Roman Katolik yang menerima Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1979 kerana jasanya kepada

orang miskin. Dia terkenal dengan gelaran Saint of

the Gutters . Pada tahun 1950, Mother Teresa

mengasaskan pertubuhan agama di Calcutta, India.

Pertubuhan ini dikenal sebagai “Missionaries of

Charity”. Pertubuhan agama ini memberikan

bantuan makanan kepada pihak yang memerlukan

dan membuka hospital, sekolah, rumah anak yatim,

pusat belia dan tempat tinggal kepada pesakit

kusta dan orang yang hidup melarat. Cawangan

pertubuhan ini terdapat sekurang-kurangnya di 50

buah bandar di India dan lebih kurang 30 buah

cawangan di negara lain.

UMUM 

Kembali ke atas