Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit, yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca. Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji) dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj. Lihat juga Gam arab; Glu. |