Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.tih] | ملاتيه

Definisi : 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2. mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulang­ulangi sesuatu dlm proses atau usaha mengajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.tih] | ملاتيه

Definisi : 1 mendidik atau mengajar supaya pandai: Ia sedang ~ anak-anaknya bermain piano. 2 memahirkan; membiasakan: Ia ~ kakinya yg lumpuh itu melangkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melatih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMINARI

Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi

dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan

keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi

atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah

institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada

amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan

tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai

juga yang mempelajari mata pelajaran amali,

seperti psikologi pastoral, pendidikan agama,

ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa

negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan,

seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah

kumpulan keagamaan pula menganugerahkan

diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah.

UMUM 
ESPALIER

Espalier ialah kaedah melatih pokok buah

atau pokok renek tumbuh mengikut bentuk

tertentu pada junjung, pada kekisi atau pada

tembok.

UMUM 
KOLEJ ISLAM MALAYA

Kolej Islam Malaya ialah pusat pengajian Islam

yang dikelolakan oleh Majlis Kolej Islam. Tujuan

kolej ini ditubuhkan adalah untuk melatih dan

menyediakan bakal guru agama dan guru bahasa

Arab untuk mengajar di sekolah menengah dan

rendah. Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada 8

April 1955.

UMUM 
ORANG KOSSAK

Orang Kossak merupakan askar yang asalnya

petani yang menetap terutamanya di kawasan

Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai

Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada

tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur

orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk

membantu menentang pencerobohan kaum Tartar.

Poland dan Rusia memberikan banyak

keistimewaan kepada orang Kossak sebagai

ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak

membentuk komuniti pemerintahan mereka

sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi.

Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud

orang yang merdeka .

UMUM 
POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAKTAB MELAYU JOHOR BAHRU

MAKTAB MELAYU JOHOR BAHRU, pusat latihan guru. Tarikh penubuhan maktab ini tidak dapat dipastikan, tetapi pada tahun 1919, maktab ini telah pun beroperasi dengan melatih seramai 10 orang guru pelatih. Rancangan untuk melatih guru dan membina bangunan baharu turut dicadangkan. Bagaimanapun hanya pada tahun 1926, maktab ini mendapat bangunan khas di hadapan Selat Tebrau, yang kini dikenal sebagai English College, Johor Bahru.  Maktab Melayu Johor Bahru sebelum itu terletak di Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAKTAB MELAYU TELUK BELANGA

MAKTAB MELAYU TELUK BELANGA, maktab perguruan Melayu pertama bagi Negeri-Negeri Selat. Maktab ini ditubuhkan pada tahun 1878 di Teluk Belanga, Singapura. Penubuhan maktab ini bertujuan untuk melatih guru lelaki bagi sekolah-sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat sebagai kesan daripada perkembangan sekolah vernakular Melayu yang agak baik. Sebelum tertubuhnya maktab ini, satu usaha telah dibuat oleh Rev. Keasberry untuk melatih guru-guru bagi sekolah vernakular Melayu Singapura dengan peruntukan $2400 dari Negeri-Negeri Selat. Dia telah menggunakan rumahnya untuk dijadikan maktab tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ADAMSON, JOY

Adamson, Joy (1910–1980), pengarah dan pelukis,

yang menjadi termasyhur kerana bukunya Born

Free: A Lioness of Two Worlds (1960). Buku ini

menceritakan bagaimana Adamson dan suaminya

memelihara Elsa, anak singa yatim piatu, semasa

mereka tinggal dan bertugas di Kenya, Afrika Timur.

Pasangan Adamsons melatih Elsa memburu

haiwan-haiwan lain untuk makanan supaya ia

akhirnya dapat mencari makan sendiri dalam hutan.

UMUM 
MENNINGER

Menninger ialah nama keluarga bagi dua orang

pakar psikiatri terkemuka Amerika. Bersama bapa

mereka, Charles Frederick Menninger (1862–1953),

mereka menubuhkan Klinik Menninger dan

Yayasan Menninger di Topeka, Kansas, Amerika

Syarikat. Mereka merintis bidang rawatan orang

yang menghadapi masalah gangguan mental dan

fizikal dalam suasana klinik yang bercirikan

komuniti. Yayasan tersebut merawat pesakit

mental, melatih ahli psikiatri dan pegawai

kesihatan mental yang lain, serta menjalankan

kajian dalam banyak bidang yang berkait dengan

kelakuan manusia.

UMUM 
MEMBACA

Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan

makna daripada perkataan bercetak atau bertulis.

Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan

satu daripada kemahiran yang paling penting

dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah

kunci kepada semua jenis maklumat. Ia

membolehkan kita mempelajari cara membina

atau memasang benda, menikmati cerita,

mengetahui kepercayaan orang lain, melatih

imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina

idea dan kepercayaan kita sendiri.

UMUM 
12

Kembali ke atas