Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ya/.kan] | ملايقکن

Definisi : menjadikan layak, memadan­kan, menyesuaikan: hanya diri dan kaum kita sahaja yg mesti insaf sendiri dan ~ diri supaya boleh mencapai kemerdekaan yg halal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ya/.kan] | ملايقکن

Definisi : menjadikan layak; memadankan; menyesuaikan: Utk ~ kita menjawat jawatan yg lebih tinggi, kita mestilah belajar lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layak (adjektif)
Bersinonim dengan padan, patut, sesuai;,
Kata Terbitan : selayaknya, melayakkan, kelayakan, berkelayakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al-

(1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir

al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM 
SURAH AL-MU'MINUN

Surah al-Mu’minun ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut

susunannya surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 118 ayat. Surah ini dinamakan al-

Mu’minun sempena pujian terhadap amalan

kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang

melayakkan mereka menduduki syurga yang

tertinggi, iaitu syurga Firdaus.

UMUM 
PERTUKANGAN

PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas