Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : menghiris (buah-buahan) tipis-tipis: Pipinya bagai pauh dilayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Daun 'lah melayang,
     buah jatuh ke perdu juga.

Bermaksud :

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PESAWAT PELUNCUR

Pesawat peluncur ialah motobot laju yang

melayap di permukaan air, hampir-hampir sama

seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air

apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk

supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat

ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas

permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan

tekanan air mengangkat motobot itu dan

mengawalnya supaya sentiasa berada di

permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan

alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung

sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya

mempunyai dasar permukaan tunggal.

Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih

bahagian dasar yang terpisah.

UMUM 
SHEARWATER

Shearwater ialah nama sekumpulan burung laut

yang hidup di lautan. Ia berbeza-beza panjangnya

dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter. Shearwater

berwarna perang atau hitam kekelabuan.

Sesetengah spesies mempunyai perut putih.

Ia mempunyai paruh yang bengkok sedikit,

dengan lubang hidung berbentuk tiub. Burung

ini terbang melayang di atas ombak, mengepak-ngepakkan

sayapnya yang panjang, kurus sekali-sekala

sahaja. Sesetengahnya terbang bersendirian,

tetapi yang lain berhimpun berkawanan yang

mungkin terdiri daripada ribuan ekor. Burung ini

memakan ikan, sotong, dan krustasea kecil.

UMUM 
DAYA MEMUSAT

Daya memusat ialah daya yang memaksa

sesuatu benda bergerak dalam laluan membulat.

Mengikut hukum inersia, dengan ketiadaan daya,

sesuatu objek bergerak dalam garisan lurus

dengan kelajuan yang tetap. Daya luar mesti

bertindak ke atas objek itu untuk membuatkannya

bergerak dalam laluan yang melengkung. Apabila

anda memusing seketul batu yang diikatkan pada

benang, anda mesti menarik benang itu untuk

menahan batu tersebut daripada melayang dalam

satu garisan yang lurus. Daya yang digunakan

oleh benang pada objek itu ialah daya memusat.

UMUM 

Kembali ke atas